Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perem­puan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidup­an sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamin (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, jantina, seks,

2. Bersinonim dengan keluarga: seisi rumah, batih,

Kata Terbitan : sekelamin, berkelamin, mengelamin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
twin double roombilik kembar kelaminPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang mempunyai dua katil kelamin untuk memuat 4 orang.
double roombilik kelaminPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang biasanya untuk dua orang yang mempunyai sebuah katil kelamin atau sebuah katil ratu atau sebuah katil raja.
venereal diseasepenyakit kelaminPerubatanTiadaIstilah umum yang lazimnya merujuk pada penyakit berjangkit, yang lazimnya diperoleh melalui hubungan seks. Antara penyakit yang tergolong sebagai penyakit kelamin termasuklah sifilis dan gonorea.
bifilarkelaminTeknikElektrikBerkaitan dengan pembelitan gegelung dengan menggunakan dawai berganda supaya arus di antara kedua-dua belitan itu terpisah sebanyak 180o di antara stu sama lain. Dengan itu kesan kearuhan belitan ini dapat dihapuskan. Contoh penggunaannya adalah pada pembuatan perintang dawai.
bifilar pendulumbandul kelaminFizikTiadaTiada
bifilar suspensionampaian kelaminFizikTiadaTiada
bifilar windingpembelitan kelaminFizikTiadaTiada
bifilar suspensionampaian kelaminKejuruteraanTiadaTiada
bifilar bridgetiti kelaminKejuruteraanTiadaTiada
sexual unionhubungan kelaminKependudukanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas