Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lang.su.ngan] | کلڠسوڠن

Definisi : perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini.

Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan

Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara;

Lain-lain14.04.2009
ejaan yang tepat bagi kelansungan atau kelangsungan? atau kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan membawa maksud yang samaEjaan yang betul ialah KELANGSUNGAN.

Kelangsungan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara;
Ejaan12.07.2017
1. Saya ingin mendapatkan penerangan mengenai perbezaan antara kesinambungan dan kelangsungan. 2. Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan 'continuity'. Contoh ayat: the continuity of urban agriculture practices. Adakah 'continuity' disini diterjemah sebagai kesinambungan atau kelangsungan?1.Kesinambungan atau kelangsungan membawa maksud yang sama, iaitu perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.

Contoh ayat:
Se­muanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini.

Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama.

2. 
Cadangan terjemahan ialah kesinambungan amalan pertanian bandar.
Penyemakan dan penterjemahan29.01.2021
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH
Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah.  Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah.  
Penyemakan dan penterjemahan15.05.2017
Pihak Jabatan ingin memohon bantuan DBP untuk membuat semakan bahasa di poster ini. Poster ini akan dipaparkan melalui Laman web dan media sosial rasmiKami cadangkan pembetulan seperti berikut:
1. "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita"
2. "Memulihara Harimau Malaya ini xxxx" (rapatkan tanda petik "xxx" dengan perkataan)
3. XXX HJ. NASARAH (letak titik untuk singkatan) 
Ejaan21.07.2021
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain?Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan.Lain-lain14.08.2010
Memohon bantuan semakan bahasa di iklan yang dilampirkan. Poster ini akan dipaparkan di Laman Web Rasmi dan Media Sosial Kem. Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan PERHILITAN

Kami cadangkan pembetulan seperti yang berikut:

1. Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita"
2. Tambah perkataan kita dan masukkan titik dalam ayat “Sekiranya tindakan luar biasa (extraordinary actions) tidak dilakukan dari sekarang, negara kita akan kehilangan spesies ikonik ini buat selama-lamanya. ”
3. Masukkan titik untuk singkatan: HJ. NASARAH

Lain-lain21.07.2021
Assalamualaikum, saya ada terbaca maksud lestari yang sebenar ialah tidak berubah-ubah, kekal dan tetap. Tetapi mengapa ada yang mengatakan 'lestari' bermaksud berterusan atau meneruskan kelangsungan. Banyak diguna pakai dalam pengucapan awam.Lestari bermaksud tetap seperti sediakala (tentang keadaan sesuatu); atau tidak berubah. Kesilapan mungkin berlaku kerana tidak merujuk sumber yang sahih.Makna11.03.2015
Izinkan saya mengadu PRPM tidak memberi pengkelasan kata pada daftar masuk perkataan. Tidak dijelaskan sama ada sesuatu daftar masuk perkataan itu digolongkan dalam kata kerja atau kata nama atau kata tugas dan sebagainya. Semoga dapat berbuat demikian untuk kelangsungan bahasa Melayu yang kian hari kian melayu hidupnya.Terima kasih atas cadangan saudara. Pihak kami amat menghargainya. Saudara juga boleh merujuk maklumat lanjut mengenai kelas kata melalui Kamus Dewan Perdana terbitan DBP yang terbaharu. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian melalui dbpniaga.my.Lain-lain19.05.2023
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan.Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam.Lain-lain23.06.2008
12

Kembali ke atas