Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lan.ta.ngan] | کلانتڠن

Definisi : perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lan.ta.ngan] | کلانتڠن

Definisi : perihal atau keadaan lantang: ~ suaranya ketika berucap telah mempesona penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantang (adjektif)
Bersinonim dengan kuat, jelas, nyaring;,
Kata Terbitan : kelantangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "volum" disamakan dengan maksud kelantangan bunyi/suara (volume)? Sekian, terima kasih!Perkataan "volum" digunakan dalam bidang Ekonomi, Perniagaan atau Perakaunan yang membawa maksud banyak atau kuantiti sesuatu dagangan, manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "volume" (berkaitan bunyi) bersinonim dengan "sound" dan  tidak perlu diterjemahkan (loudness of sound, not translate). Namun, sekiranya perlu, kami mencadangkan perkataan ini diterjemahkan sebagai "bunyi kuat atau perlahan" bergantung pada konteks penggunaannya.Makna02.01.2021
Selamat sejahtera. Banyak rakan saya, termasuk yang bekerja sebagai guru sering keliru tentang perbezaan diftong dan vokal berganding. Saya mendapati perkataan-perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan sepertinya diberikan sebagai contoh yang mengandungi diftong 'au', tetapi saya kurang setuju kerana 'au' dalam contoh-contoh ini ialah vokal berganding. Pada pandangan saya, kekeliruan ini timbul disebabkan pemahaman yang kurang tentang pemenggalan suku kata bahasa Melayu. Diftong 'au' dalam perkataan seperti 'bakau', 'engkau' dan 'pulau' tidak harus disamakan dengan vokal berganding dalam perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan 'laung'. Hal ini demikian kerana 'au' dalam contoh yang kedua dipisahkan oleh dua suku kata dan tidak disebut dengan satu puncak kelantangan, maka tidak boleh dianggap sebagai diftong. Namun saya kurang pasti sama ada pemahaman saya sebegini adalah betul atau tidak. Jadi saya ingin meminta penjelasan yang lebih arif daripada tuan/puan tentang masalah ini. Hal ini amat penting bagi mengurangkan kekeliruan baik dalam kalangan pengajar atau pelajar, terutamanya daripada golongan Cina. Terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Diftong dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong, dan contoh  vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
Tatabahasa09.07.2015

Kembali ke atas