apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur? | Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) | Ejaan | 07.07.2011 |
Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah (tuan, kelapa parut atau parut kelapa? thx) | kelapa parut | Ejaan | 20.02.2013 |
mengopek buah kelapa atau mengopak buah kelapa?tq | mengopek kelapa | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa. | Tatabahasa | 05.04.2010 |
Boleh tolong terangkan perkataan "BAN KELAPA"? | Ban kelapa ialah roti kecil yang manis dan bulat dan mengandungi kelapa di dalamnya. | Makna | 17.03.2012 |
pokok kelapa ----- dipukul tiupan angin. A liang liuk B huyunng hayang . saya nandhana memohon penjelasan. | Untuk makluman, dalam konteks ayat tersebut, yang bergerak-gerak apabila ditiup anginnya pokok kelapa. Sebaliknya, daun kelapa. Perkataan yang paling sesuai ialah melambai-lambai. Contoh ayat: Daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Manakala, terhuyung-huyung pula bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya). | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Wilson membeli air kelapa muda KERANA Wilson berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA dia berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA berasa haus. | Ayat majmuk yang betul ialah "Wilson membeli air kelapa muda kerana berasa haus". | Tatabahasa | 19.05.2014 |
Kelapa sawit merupakan tanaman _____ di negara itu. Isi tempat kosong di atas diisi dengan' kedua penting' ATAU 'kedua terpenting' ATAU kedua-duanya boleh diterima ? Terima kasih. | Kedua penting atau kedua terpenting, kedua-dua frasa tersebut boleh menjadi jawapan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2009 |
saya ingin megesahkan terjemahan nama produk seperti dibawah: ENG: coconut milk enhanced with coconut water BM: santan kelapa dipertingkat dengan air kelapa atau terjemahan lain yang sesuai. Terima Kasih. | Cadangan terjemahan, "Pengeluaran santan dipertingkatkan dengan air kelapa". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2022 |
Penjodoh bilangan bagi tombong kelapa | Tiada penjodoh bilangan khusus untuk tombong kelapa. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebiji. tombong kelapa.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |