Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pan] | کلاڤن

Definisi : yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
H

H ialah huruf kelapan dalam abjad Inggeris. Ia juga

merupakan huruf yang terdapat dalam abjad yang

digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal

di Syria dan Palestin

UMUM 
OGOS

Ogos ialah bulan kelapan dalam sesuatu tahun

menurut kalendar Gregory, kini digunakan hampir

di seluruh dunia. Di kalangan orang Rom, bulan ini

dikenali sebagai Sextilis , yang bermakna keenam .

Mereka kemudian menamainya semula sebagai

penghormatan kepada maharaja Augustus.

Sewaktu pemerintahan Augustus, Senat Rom

memanjangkan bulan ini menjadi 31 hari dengan

mengambil satu hari dari bulan Februari.

UMUM 
SYAABAN

Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim

Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun

412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk

kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah

s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna

berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab

memohon agar dipecah-pecahkan mengikut

pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan

selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu

bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.

UMUM 
PERANG HUNAYN-HAWAZIN

Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10

Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai

pembukaan atau penaklukan Makkah al-

Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum

muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.

dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan

kabilah Thaqif di daerah Ta’if.

UMUM 
ABDULLAH HUSSAIN, DATO’

Abdullah Hussain, Dato' (1920– ),

Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya

yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu

adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping

itu, dia  pernah menghasilkan puisi, novel dan

cerpen asing.

UMUM 
SAKARAN DANDAI, TUN

Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang

Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002).

Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah,

dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah

selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional

(BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah

pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia

digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said

sebagai Ketua Menteri Sabah.

UMUM 
SURAH AL-ANFAL

Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Anfal (harta

rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai

Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan

perang)”.

(Surah al-Anfal 8:1)

UMUM 
ABDULLAH HUSSAIN, DATO

ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 -      ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

SASTERAKonsep
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL

Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– )

ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang

kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ).

Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan

ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981.

UMUM 
123

Kembali ke atas