Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lar] | کلر

Definisi : 1. bekas atau tanda hirisan (takik, te­takan) yg tidak dalam (spt pd ikan, batang pokok, dll), jalur atau garis luka pd badan (akibat pukulan yg kuat dgn rotan dll); 2. lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pd saluran nafas, tubuh lipan, dll); 3. lingkaran (drpd rotan dll); berkelar bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yg kuat dgn rotan); berkelar-kelar 1. berkelar pd beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dsb); 2. berge­lang-gelang, bersekat-sekat (bkn tanduk, badan lipan, dll); mengelar menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami; terkelar dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lar] | کلر

Definisi : IB, bp selesai, siap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lar] | کلر

Definisi : 1 bekas hirisan yg tidak dalam (pd ikan, batang pokok dll); jalur atau garis-garis pd badan bekas kena pukul dgn rotan dll. 2 gelang-gelang pd saluran nafas (tubuh lipan dll). berkelar ada kelarnya; bergaris yg tidak dalam; bergelang. berkelar-kelar bergelang-gelang (spt badan lipan dll); bergaris-garis. mengelar membuat kelar; menghiris tetapi tidak dalam; menetak atau menakik tidak sampai putus: Ikan itu dikelar-kelar sebelum dibubuhi garam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarkelarKesenianTiadaSurik berbentuk garis bersilang.
score (fish)kelar;; toreh (ikan)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Kelar: Bekas atau tanda hirisan yang tidak dalam pada badan ikan.,2. Toreh: Menggores dengan agak dalam pada badan ikan atau membelah supaya terbuka.
stem girdlekelar pangkalLandskapTiada1. Kecederaan pad a pangkal pokok yang di sebabkan oleh mesin pemotong rumput. 2. Aktiviti mencederakan bahagian kulit yang mengelilingi pokok bertujuan mematikan pokok berkenaan.
plateau dissectedpenara berkelar-kelarGeografiTiadaPenara yang telah mengalami hakisan fluvium yang amat sangat.
NotchNotchBiologiGenetikMutasi dominan pada kromosom seks Drosophila yang menghasilkan kelar pada bahagian sayap betina heterozigot dan menyebabkan jantan hemizigot mati pada peringkat embrio.
ukir berlanggar cundung(Ib.)ukir berlanggar cundung(Ib.)KesenianTiadaSurik berbentuk garis bersilang. sirat, kelar.
ripple markkesan riakGeografiTiadaPola permukaan pada bahan endapan tak koheren, terutamanya pasir gembur, yang terdiri daripada selang-seli rabung dan kelar yang dibentuk oleh tindakan air atau angin.
ripple markkesan riakGeologiTiadaPola permukaan pada bahan endapan tak koheren, terutamanya pasir gembur, yang terdiri daripada selang-seli rabung dan kelar yang dibentuk oleh tindakan air atau angin.
chanterellechanterellePentadbiran PerniagaanTiadaCendawan yang bentuknya agak bulat, berwarna kuning telur, berukuran lebih kurang 8 cm lebar dengan tombol di tengahnya, tepinya berombak, bergerigi dan kadang kala berkelar-kelar.

Kembali ke atas