Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.las] | کلس

Definisi : 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : antara pasang dan surut; mengelas pasang perbani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : ; mengelas; ~ daging mengem­pukkan daging seketika (sebelum digoreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : 1 ruang (di sekolah dsb) tempat belajar; bilik darjah: Apabila guru masuk ke dlm ~, semua murid berdiri dan memberi hormat. 2 kumpulan bagi mempelajari sesuatu: ~ dewasa kumpulan orang dewasa yg belajar membaca dan menulis; ~ tarian kumpulan orang yg belajar seni tari. 3 kumpulan yg termasuk dlm sesuatu golongan (taraf, jenis, peringkat dll) tertentu: ~ menengah; ~ atasan. ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah. ~ kata golongan kata. ~ kambing a. pangkat atau taraf yg paling rendah. b. bahagian (tempat) yg paling murah di panggung wayang. ~ sosial kelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb. berkelas termasuk dlm kelas, golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu: Terdapat jurang yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah. berkelas-kelas berpangkat-pangkat; bertingkat-tingkat; berperingkat-peringkat: Tidaklah benar bahawa hanya di negara kapitalis saja manusia hidup ~. mengelaskan membahagi-bahagikan sesuatu kpd golongan atau kumpulan tertentu: Pustakawan ~ buku-buku kpd beberapa kumpulan. pengelasan perbuatan atau hal mengelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,