Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lat] | کلت

Definisi : rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat; ~ dehe Kl, Tr terlalu kelat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang; juru~ anak kapal yg mengendalikan tali kelat; mengelati menarik tali kelat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : ; ~ bahu sj gelang yg dipakai di pangkal lengan; ~ dahi perhiasan drpd kertas emas dipakaikan pd dahi pengantin perempuan, gandik; ~ sanggul cucuk sanggul; berkelat dikepilkan: agar tuan sudi menghulurkan sumbangan derma kpd Tabung Projek Ikhtiar mengikut susun cara spt dlm borang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : 1 rasa yg hampir pahit spt rasa pinang dll. 2 mempunyai rasa yg hampir pahit: Buah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lat] | کلت

Definisi : ; ~ jambu (batu) nama sj pokok atau buahnya, Eugenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,

Puisi
 

Buah berembang pedada kelat,
     Petik oleh budak-budak;
Putus temberang kusambung kelat,
     Datang perahu belayar juga.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan. Bolehkah saya tahu perbezaan antara subjek yang ada perkataan yang dan yang tiada? Contohnya, 1. Pisang yang muda itu kelat rasanya. 2. Pisang muda itu kelat rasanya. Apakah perbezaan ayat 1. dan ayat 2. Sekian, terima kasih.Perbezaan antara ayat "Pisang yang muda itu kelat rasanya" dan "Pisang muda itu kelat rasanya" ialah penggunaan kata hubung "yang" dalam ayat "pertama berfungsi untuk menekankan subjek.  Tatabahasa16.01.2023
saya ingin bertanya 'apakah rasa sebenar buah mangga muda sama ada ianya masam atau kelat'.Manakah jawapan yang paling tepat sekali

Jawapan yang tepat ialah masam.

Lain-lain17.10.2012
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasihSalam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit".Tatabahasa13.08.2014
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya.Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.Makna16.01.2010
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ).Jawapan 1:
B. kuncup

Jawapan 2:
D. likat

Jawapan 3:
A. tepi
Tatabahasa12.03.2013
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah"


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024

Kembali ke atas