Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.zi.man] | کلازيمن

Definisi : sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah mem­benarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.zi.man] | کلازيمن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelaziman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan.

Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. 

Tatabahasa20.08.2022
Apakah terjemahan bagi kafe hipster?

Berdasarkan Kamus Dewan, hipster bermaksud:

  1. Unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi mempunyai nilai kontemporari.
  2. Orang yang unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi moden dan mengikut perkembangan terkini.
Kafe hispter boleh dianggap sebagai restoran kecil yang berkonsep moden dan unik.
Makna21.07.2021
Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk.Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja.  Begitu juga dengan frasa "turun naik".  Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya.Istilah05.08.2015
Assalamualaikum. Adakah sesuai jika 'cancel culture' yang menjadi satu kelaziman dalam media sosial kini, diterjemahkan sebagai 'budaya pengenyahan'?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

cancel culture - budaya penolakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.01.2022
Tuan ini merupakan sapaan dalam konteks rasmi yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Tapi kerana telah menjadi kelaziman gender untuk menyebut "Puan", Apakah Sapaan bagi Gelaran Dr. wanita? adakaha Tuan Dr. atau Puan Dr.? Terima KasihSapaan yang betul ialah  Puan Dr.Lain-lain25.06.2021
Salam sejahtera, izinkan saya meluahkan lagi pendapat, memang peminjaman berlaku dalam semua bahasa, berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman tetapi kita sebagai pencinta bahasa Melayu perlulah mempertahankan bahasa kita dengan mengurangkan peminjaman bahasa yang melampau sehingga istilah yang sudah sedia ada pun juga dipinjam. Seperti istilah Inggerisnys iaitu "infrastuktur" menggantikan istilah Melayunya iaitu "prasarana", istilah "program" dan "agenda" dalam bahasa Inggeris menggantikan "acara" dalam istilah Melayunya, istilah "koleksi" menggantikan "kumpulan" dan "himpunan" dan lain-lain lagi. Banyak lagi istilah yang sudah ada juga dipinjam dalam bahasa Inggeris. Maafkan jikalau saya katakan itu adalah dinamakan pembaziran bahasa dan salah satu punca terjadinya "bahasa rojak". Bahasa Melayu kaya dengan perkataan dan kosa kata. Jadi, untuk apa dipinjam lagi? jikalau tiada istilah yang sesuai maka ciptalah istilah baru seperti apa yang dilakukan oleh Pendeta Za'ba seorang pejuang bahasa Melayu. Kita perlu menjaga dan mempertahankan kesucian, keaslian dan kejatian bahasa Melayu. Selain itu, kita perlu mencontohi sikap pejuang bahasa Thai, Cina dan Korea yang mempertahankan bahasa mereka daripada serangan istilah asing. Jikalau dibuat kajian dan perbandingan bahasa Cina, Korea dan Thai memang saya cukup kagum kerana istilah-istilah dan kosa kata bahasa mereka lebih banyak daripada istilah dan kosa kata pinjaman.Kami ambil maklum pandangan tuan dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut. Kami sendiri sentiasa berusaha menggunakan perkataan kegiatan bagi mengungkapkan maksud aktiviti dan iltizam bagi mengungkapkan maksud komitem. Semoga usaha kecil kita ini mendapat perhatian daripada masyarakat di luar sana dan bersama-sama menghayati keindahan bahasa kita. Bahasa kita jati diri bangsa kita.Lain-lain15.11.2015
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan.Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk".Tatabahasa28.04.2013
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 
Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.
Lain-lain09.09.2017
Kenapa perlu dimelayukan perkataan inggeris namun sebutannya dalam bhasa melayu seperti suspek dan bukannya saspek.Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Peminjaman dilakukan kerana beberapa faktor, antaranya termasuklah: tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena) dan perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. Walau bagaimanapun sebutan kata pinjaman adalah seperti ejaan, jika suspek, sebutannya juga suspek (bukan saspek).Istilah15.07.2016
makna konservetifKonservetif tiada makna. Namun demikian, jika kata yang dimaksudkan konservatif, maksudnya menurut Kamus Dewan ialah bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Contoh ayatnya ialah: Usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak konservatif. Kata konservatif juga dapat digunakan untuk makna bagi kata kolot atau tidak moden.Makna13.11.2006
123456

Kembali ke atas