Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kel.dai] | کلداي

Definisi : sj binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil; ~ hendak dijadikan kuda prb orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kel.dai] | کلداي

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan kuda tetapi lebih kecil dan telinganya panjang, Equus asinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keldai

Peribahasa

Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda.

Bermaksud :

Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burrokeldaiPertanianTiadaTiada
donkey (Equus asinus)keldai (Equus asinus)PertanianTiadaTiada
donkey pumppam keldaiKejuruteraanPetroleumSebarang jenis pam kecil yang digunakan untuk kendalian pengepaman yang kecil dan bersifat sementara saja.
pony rodrod keldaiKejuruteraanPetroleum1) Rod penyedut yang digunakan pada pam rod penyedut yang panjangnya kurang daripada 25 kaki. 2) Rod yang disambungkan ke rod penghubung dan rod omboh dalam pam lumpur.
glandersglandersBiologiMikrobiologiPenyakit menular pada kuda dan keldai yang disebabkan oleh bakteria Actinobacillus mallei. Gejala penyakit ini ialah radang nodul dan membran mukosa salur pernafasan, rembesan mukosa berlebihan, dan kadangkala melibatkan paru-paru, dan sistem limfa bawah kulit. Penyakit ini juga dikenali sebagai farsi.
equine-encephalitis virusvirus ensefalitis ekuinBiologiMikrobiologiJangkitan ensephalomielitis pada kuda dan keldai yang disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk dan kutu. Gejala jangkitan ini ialah demam, kecacatan deria saraf, dan boleh membawa maut.

Kembali ke atas