Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang lebih tepat ya? 11x Kelebihan 11 Kelebihan dalam 1 11 dalam 1 Kelebihan Terima kasih.Cadangan ayat yang tepat ialah 11 kebaikan dalam 1.Sastera02.03.2023
Apakah daftar istilah untuk "Competitive Advantage"? Bolehkah "kelebihan kompetitif" digunakan selain "kelebihan bersaingan"?Padanan istilah bagi 'competitive advantage' ialah kelebihan saingan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. 
Istilah27.07.2022
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'.

Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge

Makna20.05.2020
Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ?

Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan:

Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah: 

  • Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan harga 25 peratus di kedai-kedai buku Pengedar DBP yang menyertai skin ini dan di kedai buku koperasi DBP di Ibu Pejabat serta cawangan dan wilayah.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan bahasa dan sastera anjuran DBP dengan potongan harga 25 peratus yuran penyertaan.
  • Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman. Kemudahan pinjaman boleh didapati di PDM Ibu Pejabat dan Cawangan Sabah.
  • Menerima risalah dan katalog judul-judul terbaru serta program/kegiatan DBP
             
Lain-lain11.03.2009
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak?Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak.Tatabahasa12.05.2011
kelebihan aliran transformasi genaratifMenurut Teori TG (Transformasi generatif ) yang telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sasuatu bahasa. Untuk membantu saudara mendapatkan kelebihan terperinci aliran transformasi generatif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 19.Tatabahasa06.03.2007
saya ingin bertanya, bolehkah pihak DBP senaraikan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi yang terkandung di dalam Memorandum ASAS 50 1954? Sekiranya tidak boleh, boleh pihak DBP cadangkan ke mana soalan ini harus ditujukan agar diperolehi jawapan? Terima kasih

Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) diwujudkan di Singapura pada tahun 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk meluaskan dan meninggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan membuat pembaharuan dalam sastera Melayu. Walau bagaimanapun, kami tidak ada maklumat berkenaan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi dalam Memorandum ASAS 50 1954. Mungkin tuan boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian di Internet atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Lain-lain01.09.2021
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan.1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei.

2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya)

3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang)

4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa)

5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Tatabahasa15.02.2013
Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik.

Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. 

Lain-lain27.06.2011
Apakah padanan untuk 'buff'? Dalam dunia permainan komputer (gaming), buff bermaksud suatu keupayaan yang memberikan kelebihan kepada karakter/hero setelah mendapatkan/menjumpainya. terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah  "buff " dalam bidang Sistem Maklumat ialah buf.Istilah27.11.2022
1234

Kembali ke atas