Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.
first mover advantagekelebihan penggerak pertamaPengurusanPerancanganKelebihan strategik yang diperoleh sesebuah perniagaan apabila menjadi organisasi pertama yang mengambil langkah menggunakan maklumat terkini untuk merebut peluang dalam pasaran. Kelebihan yang boleh diperoleh adalah dengan mengeksploitasi maklumat bagi meningkatkan kecekapan dan mencapai kos pengeluaran yang jauh lebih rendah berbanding dengan pesaingnya, atau menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berbeza dalam pasaran. Contohnya, peniaga yang memasarkan barangan secara dalam talian dengan meluas akan dapat menguasai pasaran kerana memahami trend kepenggunaan.
competitive advantagekelebihan sainganPengurusanPerancanganSituasi apabila sesebuah organisasi berjaya menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih baik dan lebih murah berbanding dengan pesaing. Tujuan kelebihan saingan adalah untuk menjadi pilihan pelanggan bagi mendapatkan hasil jualan yang tinggi dan keuntungan dalam situasi persaingan. Kelebihan saingan berlaku apabila organisasi mampu memperoleh sumber dengan mudah dan murah, mempunyai kepakaran pekerja yang kreatif dan inovatif serta lokasi perniagaan yang strategik. Contoh perspektif kelebihan persaingan ialah kualiti yang lebih baik, kos operasi yang lebih rendah dan rangkaian pengedaran yang meluas.
competitive advantagekelebihan saingPentadbiranTiadaKelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge
agglomeration advantagekelebihan pengelompokanSosiologiTiadaKelebihan atau kebaikan bagi bandar yang terhasil daripada pengelompokan bandar terutama sekali dari segi infrastruktur.
heterozygous advantagekelebihan heterozigotBiologiGenetikKelebihan ketegapan heterozigot berbanding dengan homozigot.
agglomeration advantagekelebihan pengelompokanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKelebihan atau kebaikan bagi bandar yang terhasil daripada pengelompokan bandar terutama sekali dari segi infrastruktur.
political eliteelit politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil anggota masyarakat yang berada di peringkat atasan yang memiliki kelebihan kuasa, pendidikan dan ekonomi berbanding dengan rakyat kebanyakan. Dengan kelebihan ini, mereka dapat menguasai politik dan pemerintahan serta sekali gus memelihara kepentingan mereka. Walaupun golongan ini bersaing sesama sendiri dalam dunia poIitik sesebuah negara namun kuasa politik tetap berlegar di kaIangan mereka. Sifat-sifat yang wujud pada elit politik boleh berbentuk moden, tradisional mahupun militer yang bersesuaian dengan struktur masyarakat tersebut. Contohnya, pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang menganggotai kabinet tergolong dalam elit polilik di Malaysia.
ratio advantagekelebihan bandinganGeografiTiadaTiada
initial advantagekelebihan awalanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas