Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelelahan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lelah1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
kepenatan1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelelahan1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
penattidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih).Kamus Dewan Edisi Keempat
lelah1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepayahan1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
payah1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas