Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.lua.sa.an] | کللواساءن

Definisi : perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb), kebebasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.lua.sa.an] | کللواساءن

Definisi : keadaan leluasa; kebebasan (bergerak, bertindak dll): Ia diberi ~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keleluasaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya difahamkan bahawa “yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” merupakan predikat ayat. Pertama, bolehkah kata relatif “yang” dapat membentuk predikat ayat? Kedua, antara ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu ialah ayat relatif. Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Persoalannya, adakah “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” itu ayat majmuk pancangan relatif? Penjelasan pihak tuan dapat meleraikan kemusykilan yang didepani penguna-penguna bahasa. Sekian, terima kasih.

1.    Kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, akan tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat.

2.    Ayat “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” merupakan ayat majmuk pancangan relatif.

Nota: Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan sebelum ini.

Tatabahasa23.11.2018
Salam sejahtera. “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” Ayat di atas merupakan ayat tesis atau ayat arahan yang lazim ditemukan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dari aspek sintaksis, adakah ayat ini betul? Andai kata betul, yang mana subjek dan yang mana predikat? Sekian, terima kasih.Ayat yang diberikan tidak mempunyai sebarang kesalahan. Subjek bagi ayat tersebut ialah "Terdapat beberapa faktor", manakala predikatnya pula iala "yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam karangan remaja.Tatabahasa20.11.2018
Salam sejahtera. Pihak tuan menyatakan bahawa kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat. Frasa “tidak boleh menjadi penanda predikat” agak mengelirukan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata relatif ialah perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Dengan ini, “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis. Saya mengatakan demikian kerana ayat ini bukan ayat tunggal mahupun ayat majmuk pancangan. Kalau ayat tunggal, yang mana subjek dan yang mana predikat? Kalau ayat majmuk pancangan relatif, yang mana klausa utama, yang mana klausa kecil? Sekian, terima kasih.Penanda predikat yang dimaksudkan ialah pola ayat, iaitu Subjek + Predikat dan predikat boleh terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif atau Frasa Sendi Nama. Kami bersetuju dengan pandangan tuan, frasa “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis kerana kerana tiada predikat melengkapkan ayat. Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini.Tatabahasa29.11.2018
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay SevenMarcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksud masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat.Lain-lain05.02.2013

Kembali ke atas