Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : sel atau organ dlm tubuh yg mengeluarkan sesuatu bahan kimia atau zat. ~ adrenal kelenjar yg terdapat di bahagian atas buah pinggang, terdiri drpd bahagian yg membentuk lapisan dalam, dan berfungsi merembeskan hormon androgen, adrenalina dsb. ~ peluh kelenjar yg mengeluarkan peluh. ~ tiroid kelenjar yg merembeskan sj hormon yg mengawal metabolisme dan pembesaran tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelenjar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara, saya ingin memastikan adakah perkataan 'glandular' ini bahasa melayu? saya telah mencuba 'carian kata' untuk perkataan 'glandular' tetapi takrifannya adalah 'kelenjar'. walhal, saya ingin perkataan yang sesuai menggantikan 'kelenjar susu'. bolehkah saya gunakan perkataan 'glandular' dalam aritkel bahasa melayu yang akan saya terbitkan?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah kelenjar atau glandular.Istilah18.09.2008
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'adrenalin' ??

 Ejaan dalam bahasa Melayu ialah adrénalina (istilah Biologi) hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan `lawan' atau `lari'.

Makna19.03.2010
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021
Melalui semakan kami dalam kamus dan PRPM, tiada perkataan “swiftlet” ditemui. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “walet” iaitu sejenis burung layang-layang. Apakah padanan “burung walet” dalam bahasa Inggeris? Raw-clean edible birdnest 178A. (1) For the purposes of these Regulations, raw-clean edible birdnest— (a) is the secretion from the salivary glands at swiftlet genus Aerodramus and genus Collocalia; 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan— (a) ialah rembesan dari kelenjar air liur daripada burung walit genus Aerodramus dan genus Collocalia;Ejaan yang tepat ialah "walet", iaitu sejenis burung layang-layang (swift).Penyemakan dan penterjemahan22.06.2021

Kembali ke atas