Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.len.jar] | کلنجر

Definisi : sel atau organ dlm tubuh yg mengeluarkan sesuatu bahan kimia atau zat. ~ adrenal kelenjar yg terdapat di bahagian atas buah pinggang, terdiri drpd bahagian yg membentuk lapisan dalam, dan berfungsi merembeskan hormon androgen, adrenalina dsb. ~ peluh kelenjar yg mengeluarkan peluh. ~ tiroid kelenjar yg merembeskan sj hormon yg mengawal metabolisme dan pembesaran tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelenjar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endocrine glandkelenjar endokrinBiologiFisiologiKelenjar yang tidak berduktus yang merembeskan hormon ke sistem peredaran dan mempunyai fungsi fisiologi di bahagian lain daripada tubuh, contoh kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar gonad, kelenjar adrenal, sel-sel tertentu di pankreas.
evirationevirasiPerubatanTiada1. Pembuangan kelenjar-kelenjar seks.,2. Satu bentuk paranoid, apabila seseorang lelaki menganggap dirinya mempunyai sifat-sifat keperempuanan.
lipaselipasePerubatanTiadaEnzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil, menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak.
earwaxlelilin telingaPerubatanTiadaBahan berlilin yang dirembes oleh kelenjar-kelenjar sebum dalam meatus anditori eksternal bagi telinga luar.
sublingual glandkelenjar sublinguaVeterinarPraklinikalSalah satu kelenjar air liur yang terletak di bawah membran mukus mulut di bawah lidah. Kelenjar sublingua terbahagi kepada kelenjar monostoma padat dan kelenjar polistoma campuran. Kelenjar monostoma mempunyai satu duktus rembesan; iaitu duktus sublingua major. Kelenjar polistoma pula terdiri daripada lobus campuran yang kebanyakan lobus tersebut mempunyai duktus kecilnya tersendiri yang dikenali sebagai duktus sublingua minor. Duktus ini membuka di lateral lidah.
neurohumourneurohumurBiologiFisiologiBahan kimia yang dihasilkan oleh tisu saraf atau kelenjar-kelenjar bersekutu yang mengaktif atau merencat tisu saraf lain atau efektornya.
orbital glandkelenjar orbitBiologiHistologi dan SitologiKelenjar yang terdiri daripada kelenjar lakrima dan beberapa kelenjar air mata tambahan yang berpunca daripada konjunktiva mata. Kelenjar ini merembeskan sel dan granul yang mengandungi titisan lemak serta air mata yang agak beralkali dan mengandungi beberapa jenis garam dan lisozim. Kelenjar ini membersihkan zarah asing daripada kantung konjunktiva dan kornea.
adrenal glandkelenjar adrenalBiologiFisiologiSepasang jasad pada mamalia yang terletak di sebelah ginjal, terdiri daripada kelenjar intrarenal (adrenal) dan kelenjar suprarenal. Kelenjar intrarenal membentuk bahagian luar (korteks) dan merembes hormon adrenokortikal, kelenjar suprarenal pula membentuk bahagian pusat (medula) dan merebes hormon adrenalina dan noradrenalina.
salivary glandkelenjar liurVeterinarTiada

Kelenjar yang mengeluarkan air liur di dalam mulut pada kebanyakan haiwan daratan. Terdapat tiga jenis kelenjar pada mamalia iaitu kelenjar parotid yang terletak di bawah telinga dan di belakang sempadan rahang bawah, kelenjar maksilari yang terletak di rahang bawah iaitu di bawah kelenjar parotid dan kelenjar sublingual yang terletak di sebelah pangkal lidah. Setiap kelenjar berpasangan dan tidak semua kelenjar berfungsi pada masa yang sama. Lihat juga air liur.

para-urethral glandkelenjar parauretraBiologiHistologi dan SitologiPundi-pundi berbentuk seperti gugus anggur pada salur kencing atau uretra haiwan betina. kelenjar Littre; kelenjar Skene; kelenjar Guerin.
12345678910...

Kembali ke atas