Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sel atau organ dlm tubuh yg mengeluarkan sesuatu bahan kimia atau zat. ~ adrenal kelenjar yg terdapat di bahagian atas buah pinggang, terdiri drpd bahagian yg membentuk lapisan dalam, dan berfungsi merembeskan hormon androgen, adrenalina dsb. ~ peluh kelenjar yg mengeluarkan peluh. ~ tiroid kelenjar yg merembeskan sj hormon yg mengawal metabolisme dan pembesaran tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelenjar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR PARATIROID

Kelenjar paratiroid terdiri daripada empat

kelenjar kecil yang berfungsi sebagai satu kelenjar.

Kelenjar-kelenjar ini terletak di depan leher dekat

kelenjar tiroid. Kelenjar paratiroid merembes

hormon paratiroid (PTH), yang juga dinamakan

parathormon , ke dalam darah. PTH membantu

mengawal amaun kalsium dan fosfat dalam badan.

Mineral ini diperlukan untuk beberapa proses

badan yang penting, termasuk pertumbuhan

tulang dan otot, dan fungsi saraf.

UMUM 
KELENJAR PITUITARI

Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar

yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini

merembes beberapa hormon yang mengawal

pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah

kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah

otak berhampiran dengan pusat tengkorak.

Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek

dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak.

Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai

hipofisis.

UMUM 
KELENJAR MAMARI

Kelenjar mamari ialah kelenjar khas yang

terdapat pada semua mamalia. Pada mamalia

betina, kelenjar mamari mengeluarkan susu. Ia

adalah satu daripada ciri-ciri penting yang

membezakan mamalia daripada haiwan-haiwan

lain. (Lihat Mamalia).

UMUM 
LIANG ROMA

Liang roma ialah bukaan halus pada

kelenjar kulit. Kelenjar ini adalah seperti karung

kecil yang terdapat jauh dalam kulit. Sel di dalam

karung ini mengeluarkan peluh jika kelenjarnya

adalah kelenjar peluh, dan mengeluarkan minyak

jika kelenjarnya adalah kelenjar sebum.

UMUM 
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM 
KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin

(pengeluaran hormon) yang terletak di depan

leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap

sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini

disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian

pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid

mengambil iodin dari darah dan menggunakannya

untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga

dikenali sebagai tetraiodotironina dan

triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan

di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai

folikel .

UMUM 
KELENJAR

Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan

dan membebaskan bahan kimia yang berguna.

Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh

badan manusia dan kebanyakan haiwan lain.

Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar

melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah

daripada rembesan ini membantu melembapkan

kulit. Rembesan yang lain pula membantu

penghadaman mengawal pertumbuhan dan

perkembangan badan.

UMUM 
KELENJAR PINEAL

Kelenjar pineal juga dikenali sebagai jasad

pineal, ialah organ kecil di dalam otak manusia dan

kebanyakan vertebrat (haiwan bertulang belakang)

lain. Ahli sains tidak begitu pasti tentang fungsi

kelenjar pineal kepada manusia. Mereka percaya

kelenjar ini memainkan peranan dalam pelbagai

fungsi tubuh yang penting termasuk proses

pembiakan. Dalam kebanyakan vertebrat lain,

kelenjar ini membantu mengawal atur kitaran

harian dan bulanan tertentu tubuh.

UMUM 
KELENJAR ADRENAL

Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan

yang merembeskan banyak hormon penting.

Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu

di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali

sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira

lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar

adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan

korteks (lapisan luar).

UMUM 
DEMAM KELENJAR

Demam kelenjar, juga dikenali sebagai

mononukleosis berjangkit , ialah penyakit

berjangkit yang ringan. Penyakit ini biasanya

disebabkan oleh virus herpes Epstein-Barr (EB).

UMUM 
1234

Kembali ke atas