Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul penggunaan ayat berikut? Atau, pohon jasabaik Tuan mecadangkan ayat yang lebih baik. " Sayugia dingatkan bahawa, kelewatan mengemukakan dokumen seperti tersebut di Para dua boleh menyebabkan Permohonan Tuan akan lewat diproses dan Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan Tuan terpaksa ditolak. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses atau ditolak.

2. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses. Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tuan ditolak.

 

Tatabahasa31.01.2011
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan.Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
Tatabahasa25.07.2018
Saya ingin bertanya 2 soalan. Soalan 1 Istilah Bahasa Melayu bagi 1) Ease of use 2) Ease of learning Soalan 2 Saya ingin membangunkan satu modul untuk meningkatkan kemahiran resilien di kalangan pesakit. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'resilien' atau perlu menggunakan perkataan 'daya tahan'? Terima kasih.1. Cadangan terjemahan bagi perkataan ease of use ialah mudah guna/kemudahan penggunaan dan ease of learning ialah mudah belajar/kemudahan pembelajaran bergantung pada konteks penggunaannya.

2. Perkataan yang lebih tepat dan mudah difahami ialah daya tahan seperti daya tahan pesakit.

Mohon maaf atas kelewatan memproses pertanyaan tuan. Soalah diterima pada 7 Disember 2020.
Penyemakan dan penterjemahan25.02.2020
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.

Assalamualaikum,

Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan.

Terima kasih.

Istilah30.12.2017
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
Salam, saya masih belum menerima maklum balas bagi pertanyaan bertarikh 23/10/2023. Ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan yang dikemukakan.

Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain30.10.2023
Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan makna dalam bahasa melayu bagi ayat di bawah: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Kesan yang lambat selepas tiga jam simptom kelihatan. 





1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Kelewatan kesan selepas tiga jam simptom kelihatan. 

1.2; margin-top: 12pt; margin-bottom: 12pt;" dir="ltr">Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna13.07.2021
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menunjuk ajar tentang penggunaan kata sendi "terhadap" dan "tentang/mengenai" dalam penggunaan kata sendi dengan benda abstrak dan benda konkrit. Apa yang saya kelirukan adalah seperti ayat di bawah: Soalan 1: a) Kesan terhadap pertanian b) Kesan tentang/mengenai pertanian Guru saya mengajar saya bahawa jika selepas kata sendi "terhadap" mestilah ada objek konkrit dan selepas kata sendi "tentang/mengenai" mesti mempunyai objek abstrak. Tetapi saya telah banyak merujuk buku lain dan saya mendapati penulis suka sangat menggunakan "terhadap" dengan objek abstrak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan soalan yang kedua. Soalan 2: Pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek abstrak atau objek konkrit? Jadi apabila kita menggunakan perkataan "dalam" yang berfungsi untuk hadir sebelum objek abstrak, kita menggunakan "di dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan, atau dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan" ? Sekian sahaja soalan dan masalah saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menganalisis soalan saya walaupun sibuk.

Kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran. Perkataan “mengenai” tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  Perkataan pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek konkrit. Oleh itu, perlu digunakan “di dalam”.

Tatabahasa27.04.2014

Kembali ke atas