Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chromatopsiakromatopsiaPerubatanTiada1. Keadaan objek berwarna kelihatan aneh warnanya dan objek tidak berwarna kelihatan berwarna. 2. Buta warna separa.
contrastkontrasPerubatanTiada1. Perbandingan yang kelihatan untuk tujuan membezakan perbezaan-perbezaan yang timbul.
singletsingletKejuruteraanTiada1. Garis spektrum yang kelihatan tunggal walaupun dilihat dengan kaedah peleraian tinggi.,2. Aras tenaga nukleus, atom atau molekul dengan spin sifar.
mutually exclusivesaling eksklusifMatematikTiadaHubungan peristiwa yang tidak boleh berlaku serentak, iaitu jika suatu peristiwa terjadi, tidak mungkin peristiwa yang lain juga akan terjadi. Misalnya, apabila sebuah dadu dilambung, jika permukaan nombor 1 yang kelihatan di atas, tidak mungkin permukaan nombor yang lain juga kelihatan di atas. Peristiwa mendapat nombor 1 dan peristiwa mendapat nombor 3 adalah saling eksklusif.
afterglowbara; tejaGeografiTiada1. Sinaran pudar biasa kelihatan di langit barat terutama di kawasan pergunungan setelah matahari tenggelam. Fenomena tersebut berlaku mungkin disebabkan kesan penyerakan zarah-zarah debu atmosfera ke atas cahaya matahari.
magnetic fieldmedan magnetMatematikTiada1. Pengaruh yang tidak kelihatan di sekeliling magnet yang menyebabkan satu magnet bertindak terhadap magnet yang satu lagi. Bumi mempunyai medan magnet yang menganjur masuk ke dalam angkasa lepas dan bertindak balas dengan angin suria lalu membentuk aurora dan magnetosfera.
shoe stringtali kasutBiologiPatologi1. Gejala berupa penyempitan daun hingga kelihatan begitu kecil seperti tali kasut. Biasanya perumah tersebut merupakan tumbuhan atau rumpai yang rentan. 2. Rizomorf kulat Armillaria mellea yang kelihatan seperti tali kasut. Oleh yang demikian penyakit yang menunjukkan gejala ini dinamakan penyakit tali kasut.
playback rate scale factorfaktor skala kadar main semulaTeknologi MaklumatTiada1. Faktor yang menentukan kadar kelajuan main semula suatu rakaman audio. Audio dimainkan semula pada kadar yang berbeza seperti yang diarahkan oleh aplikasi lain untuk kesan khusus. Sampel rakaman audio tidak diubah tetapi pemacu menyisip dengan melangkau atau mensintesiskan sampel tertentu. Sebagai contoh, sekiranya faktor main semula adalah 1.1, output pemacu ialah jujukan integer 1 iaitu rakaman dimain semula secara normal. Sekiranya faktor main semula ditukar kepada 2 dan dimasukkan pada setiap sampel audio yang ke-10, pemacu akan melangkau setiap sampel audio yang ke-10. Ini menyebabkan rakaman berkenaan dimainkan dengan lebih pantas iaitu 10% lebih laju daripada kadar biasa. 2. Titik pada ketika main semula video tidak lancar dan kelihatan melompat-lompat disebabkan oleh kehilangan kerangka. Ini ditentukan oleh saiz tetingkap pemain semula dan kuasa pemproses.

magnificationpembesaranPerubatanTiada1. Proses menjadikan imej sesuatu objek kelihatan lebih besar, misalnya menggunakan kanta.,2. Pembesaran sisi sesuatu imej iaitu nisbah saiz imej terhadap objek sebenar.
123456

Kembali ke atas