Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ka.tan] | کليکتن

Definisi : perihal likat (cecair dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ka.tan] | کليکتن

Definisi : keadaan likat; kepekatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelikatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
viscosity-gravity viscometermeter kelikatan kelikatan-gravitiKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. meter kelikatan tunjuk-terus 2. meter V-G Nama yang selalu digunakan untuk sejenis meter kelikatan, iaitu meter kelikatan tunjuk terus.
viscometer/ viscosimetermeter kelikatanKejuruteraanPetroleumAlat yang digunakan untuk menentukan kelikatan bendalir atau ampaian. Terdapat berbagai-bagai jenis meter kelikatan dengan berbagai-bagai cara pengukuran, misalnya meter kelikatan Stormer, meter kelikatan tunjuk terus dan meter kelikatan kelikatan-graviti.
apparent viscocitykelikatan ketaraKejuruteraanPetroleumKelikatan bendalir seperti yang ditunjukkan oleh alat ukur tertentu pada nilai kadar ricih yang telah ditetapkan. Penentuan kelikatan ketara dengan menggunakan meter kelikatan tunjuk terus memberikan kelikatan ketara dalam unit sintipose, iaitu sama dengan setengah-setengah bacaan pada 600 putaran per minit. Bagi bendalir bukan Newtonan, kelikatan ketara merupakan fungsi kelikatan plastik dan takat alah. Manakala bagi bendalir Newtonan, kelikatan ketara adalah sama dengan kelikatan plastik. Rujukan: kelikatan; kelikatan plastik; takat alah.
viscosity-gravity viscometermeter V-GKejuruteraanPetroleumLihat meter kelikatan kelikatan-graviti.
eddy viscositykelikatan pusarKejuruteraanKejuruteraan KimiaKelikatan aliran gelora tak isotropi yang berpunca daripada turun naiknya nilai halaju dan geometri sistem pengaliran. Kelikatan ini setara dengan kelikatan dinamik bagi aliran lamina. Kelikatan ini dihubungkan dengan tegasan ricih dan kadar tegasan melalui dengan tt = tegasan ricih gelora (Pa), ux = halaju purata dalam arah paksi x (m/s), gc = 1 kgm/Ns2, Ev = kelikatan pusar (poise), dux/dy = kadar tegasan (1/s)
kinematic viscositykelikatan kinematikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKelikatan bendalir yang dibahagi dengan ketumpatannya, yang diungkapkan sebagai u = m/r, dengan m = kelikatan dinamik (poise), r = ketumpatan (kg/m3), u = kelikatan kinematik (m2/s � stokes). Kelikatan kinematik digunakan untuk menandakan nilai kelikatan yang peka kepada perubahan julat suhu yang kecil.
stormer viscometermeter kelikatan stormerKejuruteraanPetroleumMeter kelikatan putaran ricih yang digunakan untuk mengukur kelikatan dan kekuatan gel bendalir penggerudian. Sekarang alat ini jarang digunakan lagi dan pengukuran kelikatan lumpur lebih sering diukur dengan menggunakan meter kelikatan tunjuk terus.
viscositykelikatanKejuruteraanKejuruteraan MekanikGeseran dalaman bendalir yang menjadi salah satu sifat fizikal bendalir. Geseran ini wujud akibat tarikan antara molekul dengan molekul pada lapisan bendalir. Kelikatan menjadi ukuran kepada rintangan terhadap gerakan antara lapisan bendalir yang dikenakan tegasan ricih. Bendalir berkelikatan tinggi memberi rintangan yang lebih besar terhadap aliran berbanding bendalir berkelikatan rendah. Terdapat dua jenis kelikatan, iaitu kelikatan mutlak atau dinamik dan kelikatan kinematik. Kelikatan dipengaruhi oleh tekanan dan suhu dan penting dalam aspek pelinciran.
Stokes viscosity relationpersamaan kelikatan StokesKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan untuk kelikatan bagi matra yang lebih tinggi daripada hukum kelikatan Newton yang ditakrifkan sebagai kelikatan = tegasan ricih / kadar tegasan.
Hadamard-Rybezynski flowaliran Hadamard-RybezynskiKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran yang serupa dengan aliran Stokes tetapi bagi gelembung gas atau cecair yang berbentuk sfera. Pekali seret keseluruhan purata yang diperoleh ialah (simbol � lihat m/s 4) dengan = nisbah kelikatan = �b = kelikatan fasa gelembung, � = kelikatan pukal cecair, Re = nombor Reynolds, C1 = pekali seret keseluruhan purata.
12345678910...

Kembali ke atas