Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat­-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanya­an-pertanyaan yg dikemukakan setelah sele­sai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut halu­an yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1 lingkungan di sekitar sesuatu (spt rumah, kampung): Pohon-pohon mangga terdapat di ~ rumah itu. 2 sempadan atau batas yg melingkungi sesuatu bidang; lilit: ~ tanah itu panjangnya lima ratus meter. berkeliling 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. mengelilingi 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. mengelilingkan mengedarkan atau membawa berkeliling. sekeliling sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Pulau Pinang laut keliling,
     Beli baju dari barat;
Sirih pinang boleh kukirim,
     Hati rindu apa ubat?


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clusterb. grow in clusters round st, tumbuh berumpun di keliling sst: roses ~ing round the cottage windows, bunga-bunga mawar tumbuh berumpun di keliling tingkap-tingkap rumah itu; c. be situated, found round st, terdapat di keliling sst: groups of thatched houses ~ed round the mosque, kumpulan-kumpulan rumah atap terdapat di keliling masjid itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
group~ /around, round /, berkumpul di keliling: the boy scouts ~ed round the camp fire, budak-budak pengakap berkumpul di keliling unggun api itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluster~ round st, a. gather round st, berkelompok di keliling sst; (in order to see, listen to, etc st) berkerumun + approp prep sst: the deer ~ed round the salt-lick, rusa-rusa itu berkelompok di keliling jerat; men in ponchos ~ed round the fire for warmth, orang-orang lelaki yg memakai ponco berkelompok di keliling unggun api supaya tdk kesejukan; he found a group of giggling school girls ~ed round the notice-board, dia mendapati sekumpulan budak sekolah yg sedang ketawa kecil berkerumun di papan kenyataan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aroundprep 1. on every side or most sides of, di (se)keliling: a racecourse with stands ~ it, balapan lumba kuda dgn tangga kambing di sekelilingnya; 2. on, along the outer edge of, a. (so as to encircle, surround) di (se)keliling: several people seated ~ the table looked away in embarrassment, beberapa orang yg duduk di sekeliling meja itu memalingkan muka krn malu; he drew a circle ~ the triangle, dia melukis bulatan di sekeliling segi tiga itu; b. (so as to come into contact with) di; (foll verb) pada: the brightly coloured scarf ~ her waist added interest to her plain outfit, selendang yg berwarna terang di pinggangnya menyerikan pakaiannya yg sederhana itu; to put decorations ~ the window, membubuh perhiasan pada bingkai tingkap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ringsiden ruang keliling gelanggangKamus Inggeris-Melayu Dewan
ring roadn jalan keliling.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mournfulorang yg menghadiri pengebumian itu berdiri di keliling pusara sambil bertafakur; the chief ~s followed the coffin into the cemetery, keluarga terdekat yg menghadiri pengebumian itu mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan; 2. personKamus Inggeris-Melayu Dewan
ringsideadj (of seat, view) keliling gelanggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girthn 1. circumference, lilit(an), ukur keliling: a tree five metres in ~, pokok yg lilitnya lima meter; 2. size (usu of waist) saiz pinggang: his ~ is increasing, saiz pinggangnya semakin bertambah; 3. strap encircling an animal’s body, tali /perut, benang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eddyvi berolak: the water eddied around the rocks, air berolak di keliling batu-batu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas