Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat­-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanya­an-pertanyaan yg dikemukakan setelah sele­sai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut halu­an yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1 lingkungan di sekitar sesuatu (spt rumah, kampung): Pohon-pohon mangga terdapat di ~ rumah itu. 2 sempadan atau batas yg melingkungi sesuatu bidang; lilit: ~ tanah itu panjangnya lima ratus meter. berkeliling 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. mengelilingi 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. mengelilingkan mengedarkan atau membawa berkeliling. sekeliling sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Pulau Pinang laut keliling,
     Beli baju dari barat;
Sirih pinang boleh kukirim,
     Hati rindu apa ubat?


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'perimeter fencing'?Bolehkah 'pagar keliling' atau 'pagar perimeter' digunakan? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah pagar keliling.Penyemakan dan penterjemahan06.07.2017
Apakah terjemahan untuk perkataan "skirting", iaitu hiasan di keliling meja, biasanya untuk majlis-majlis keramaian?Perkataan skirting boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi skirting dalam Kamus Dewan ialah fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu.Istilah07.10.2011
Apakah padanan untuk "flowerbed" atau "flower bed" yang merujuk kepada kawasan tanaman bunga di keliling air pancut atau taman-taman bunga. terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah flower-bed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah02.08.2023
Bersabit pantun ini: Ada seorang saudagar Keling Matanya merah seperti cempeling Pelita di tengah orang keliling Buluh seruas berganti suling, apa makna seruas berganti suling?Maksud bagi "Buluh seruas berganti suling" ialah sesuatu benda (buluh) yang bertukar menjadi benda yang baik (suling/seruling) atau dalam erti kata yang lain seseorang/sesuatu yang memberi atau mendatangkan manfaat/ kebaikan kepada ramai.Sastera28.02.2024
apakah terjemahan untuk island hoppingPerkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalandata kami. Jika hendak digunakan, kami mencadangkan padanannya Aktiviti Keliling PulauLain-lain11.10.2017
Apakah maksud perkataan ini "soundscape" dalam ayat ini - and invites you to take notice of the soundscape around you. -Kami mencadangkan "soundscape" diterjemahkan sebagai "bunyi keliling". Surround dan soundscape merupakan kata yang sama atau hampir sama maknanya (sinonim).Istilah13.08.2020
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling.

Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara.

Lain-lain25.03.2010
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasihMemagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya.Tatabahasa28.04.2015
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa21.09.2011
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM'

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis.

Istilah13.11.2009
12

Kembali ke atas