Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat­-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanya­an-pertanyaan yg dikemukakan setelah sele­sai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut halu­an yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ling] | کليليڠ

Definisi : 1 lingkungan di sekitar sesuatu (spt rumah, kampung): Pohon-pohon mangga terdapat di ~ rumah itu. 2 sempadan atau batas yg melingkungi sesuatu bidang; lilit: ~ tanah itu panjangnya lima ratus meter. berkeliling 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. mengelilingi 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. mengelilingkan mengedarkan atau membawa berkeliling. sekeliling sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Pulau Pinang laut keliling,
     Beli baju dari barat;
Sirih pinang boleh kukirim,
     Hati rindu apa ubat?


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring weedingperumputan kelilingPertanianAgronomi

 Pembersihan rumpai secara bulatan, 1 meter hingga 2 meter dari pangkal pokok seperti getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Perumputan keliling bertujuan mengawal rumpai supaya tidak bersaing dengan akar pokok. Kawasan bersih di sekeliling pokok akan memudahkan penaburan baja dan penyerapan nutrien oleh pokok.

tufatufaGeologiTiadaLonggokan kalsium karbonat yang dimendakkan di keliling lohong mata air, biasanya mata air panas yang kaya dengan kapur. Kalsium karbonat terlarut dimendakkan apabila airnya tersejat dari keliling lohong tersebut.
pin grid array (PGA)tatasusunan grid pin (PGA)Teknologi MaklumatTiadaSatu perumah yang menyediakan sambungan untuk cip. Sambungan ke peranti dibuat melalui tatasusunan pin di keliling sisi perumah. Tatasusunan mungkin dibentuk sebagai beberapa baris selari pin pada dua sisi bertentangan pakej atau di keliling semua empat sisi, bergantung kepada saiz dan kekompleksan IC.
surroundingkelilingFizikTiadaTiada
circumferentiakelilingPerubatanTiadaTiada
surroundingkelilingKejuruteraanTiadaTiada
circumpolarkeliling kutubGeografiTiadaTiada
circumnavigationkeliling dunia (belayar)SejarahTiadaMengeliling dunia khususnya melalui lautan.
circumlunarkeliling qamariMatematikTiadaBerada di sekeliling bulan, biasanya trajektori.
circumpolarkeliling kutubMatematikTiada1. Berputar pada kutub tanpa terbenam.
12345678910...

Kembali ke atas