Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ma] | کليما

Definisi : yg nombor lima; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ma] | کليما

Definisi : ; ~ paya sj tumbuhan (herba), kesum, kesuma, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum pubescens (fiaccidum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ma] | کليما

Definisi : yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelima


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_)

Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Tolong jawab kelima-lima soalan Terima kasihLampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai.Penyemakan dan penterjemahan11.11.2021
gelaran untuk anak keempat dan anak kelima dalam keluargaGelaran untuk anak keempat dan anak kelima bergantung pada negeri masing-masing, contohnya Utih panggilan bagi anak keempat bagi negeri Pahang tetapi bagi negeri Perak panggilan untuk anak keenam. Ada juga yang memanggil anak keempat sebagai andak.Lain-lain14.05.2007
kamus dewan akan keluar edisi kelima ke? bila?betulkah kamus ini setiap tahun akan dikeluarkan?Buat masa ini belum ada cadangan untuk menghasilkan Kamus Dewan Edisi Kelima kerana Edisi Keempat baru dikeluarkan pada 2005. Kamus Dewan tidak diterbitkan setiap tahun, tetapi bergantung kepada pertambahan kosa kata bahasa Melayu yang semestinya memerlukan penyelidikan yang teliti bagi setiap entri. Walau bagaimanapun, pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan serta komen daripada pengguna bahasa untuk memantapkan lagi pengisian kamus akan datang.Lain-lain04.01.2007
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya adakah Kamus Dewan Edisi Kelima akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat?Belum ada perancangan penerbitan Kamus Dewan Edisi Kelima. Tumpuan diberikan untuk menyelesaikan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan.Lain-lain15.10.2017
Andrew Kh'ng Ying Hao MON 15:50 Andrew Kh'ng Ying Hao Andrew Bila akan ada kamus dewan edisi kelima?Belum ada perancangan penerbitan Kamus Dewan Edisi Kelima. Tumpuan diberikan untuk menyelesaikan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan.Lain-lain13.02.2017
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulanFrasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa18.05.2019
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Buku Tatabahasa mana yang dianggap sahih iaitu: (a) Nahu Melayu Mutahir Ed Kelima oleh Asmah Hj Omar; atau (b) Tatabahasa Dewan Ed Ketiga oleh Nik Safiah Karim dll? Kedua-dua mempamerkan pandangan dan panduan yang amat bertentangan dan menimbulkan kekeliruan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Mohon pencerahan. Terima kasih.Buku tatabahasa yang sahih ialah  Tatabahasa Dewan.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain09.08.2016
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta?Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa08.03.2013
12345678

Kembali ke atas