Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lin.ci] | کلينچي

Definisi : sj binatang yg mengunggis, arnab, terwelu, Oryctolagus cuniculus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelinci


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELINCI KASUT SALJI

Kelinci kasut salji ialah kelinci bersaiz

sederhana yang hidup di Amerika Utara. Ia juga

dikenal sebagai varying hare. Kelinci kasut salji

tinggal di hutan dan paya di Kanada dan utara

Amerika Syarikat, termasuk Alaska. Haiwan ini juga

ditemui di gunung-ganang di selatan sejauh New

Mexico di barat dan Tennessee di timur. Kelinci

kasut salji mempunyai kaki belakang yang besar

dan berbulu untuk melompat di atas salji.

UMUM 
SUKAN PEMBURUAN

Sukan pemburuan ialah sejenis sukan padang,

yang popular di banyak negara. Sukan ini

melibatkan dua ekor anjing greyhound, yang

bersaing untuk memburu seekor kelinci. Orang

yang dinamakan beater memacu seekor kelinci ke

arah slipper iaitu orang yang mengawasi dua ekor

anjing tersebut. Apabila kelinci itu kelihatan dari

jauh, slipper akan melepaskan kedua-dua ekor

anjing itu supaya mengejar kelinci tersebut.

UMUM 
ANJING PEMBURU AFGHAN

Anjing pemburu Afghan ialah anjing yang

dikenali kerana kepantasan dan kecekapannya.

Beratus-ratus tahun lamanya, ia digunakan untuk

memburu gazel, kelinci, dan harimau bintang salji

di Afghanistan.

UMUM 
PIKA

Pika ialah sejenis haiwan kecil berbulu yang

tinggal di Asia, Eropah dan bahagian barat Amerika

Utara. Pika tergolong dalam kumpulan haiwan yang

sama seperti kelinci dan arnab, tetapi kelihatan

lebih mirip kepada tikus belanda.

UMUM 

Kembali ke atas