Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terke­dip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemer­lapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : Id sj duit syiling (bernilai 5 sen). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; kelip-kelip nama sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kunang-kunang, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; kelip-kelip kertas berkilat (biasanya digunakan utk perhiasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip

Puisi
 

Kelip-kelip pergi ke dusun,
     Anak keling bergelang kaca;
Kalau tak mati kerana racun,
     Yang manis kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kelip-kelip terbang malam.

Bermaksud :

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kelip-kelip atau Pteroptyx tener. Yang manakah ejaan saintifik yang betul? Pteroptyx tener atau Pteroptyx Tener? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Ejaan saintifik yang betul bagi kelip-kelip ialah Pteroptyx tener. Dalam pengelasan serangga, awalan nama untuk genus dan family (Pteroptyx) perlu dalam huruf besar manakala awalan nama yang menunjukkan spesies (tener) dieja dengan huruf kecil dan pastikan nama saintifik diitalikkan.
Ejaan22.10.2020
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasihPantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal.Lain-lain30.05.2017
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Saya minta maaf kerana soalan yang dikemukakan tidak jelas. Soalan saya ialah : kita boleh guna FRASA apa untuk menggambarkan /describe 'bibir bergerak' . Cth, mata bergerak boleh guna 'berkelip kelip'. Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai bagi frasa untuk menggambarkan bibir bergerak ialah kumat-kamit. Contohnya, Bibir bomoh itu terkumat-kamit mambaca jampi.Tatabahasa16.06.2021
1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini.Tatabahasa02.02.2012
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
Tuan/Puan meletakkan soalan saya (tarikh soalan 2/2/12)sebagai jawapan dan tidak memberi jawapan bagi soalan saya. Harap Tuan/Puan boleh memberi jawapan yang mana betul: perkataan 'perdiangan' atau 'pendiangan' ? dan 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata' ? Berikut ialah soalan yang dihantar pada 2/2/12 dan tuan/puan tidak memberi jawapan. 1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini.1. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Keempat Pendiangan  ialah tempat berdiang dan kata ini lazimnya digunakan dalam penulisan umum, manakala kata Perdiangan juga merujuk tempat berdiang atau dapur atau palong padanannya bahasa Inggeris ialah hearth. Namun, kata perdiangan lebih banyak digunakan dalam bidang peristilahan.
2. Frasa yang gramatis dari aspek tatabahasa ialah "dalam sekelip mata", namun frasa "dengan sekelip mata" juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut diterima dan boleh digunakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Tatabahasa03.02.2012
Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih.Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat.

Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki:
1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan.
2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 
3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk.
4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu.
5. Dia berada di dalam kapal.
Tatabahasa17.08.2015

Kembali ke atas