Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terke­dip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemer­lapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : Id sj duit syiling (bernilai 5 sen). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; kelip-kelip nama sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kunang-kunang, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lip] | کليڤبر

Definisi : ; kelip-kelip kertas berkilat (biasanya digunakan utk perhiasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip

Puisi
 

Kelip-kelip pergi ke dusun,
     Anak keling bergelang kaca;
Kalau tak mati kerana racun,
     Yang manis kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kelip-kelip terbang malam.

Bermaksud :

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semi-cut-off lanternlantera kelip-kelipKejuruteraan AutomotifTiadaLampu yang mengeluarkan cahaya amber berkelip-kelip untuk memberi amaran kepada pemandu bahawa pembinaan jalan raya sedang dilaksanakan.
fireflykelip-kelipBiologiEntomologiSerangga pendarkilau, khususnya serangga dalam famili Lampyridae. Serangga ini mempunyai organ pendarkilau pada segmen abdomen keenam dan ketujuh. Cahaya pendarkilau dikeluarkan oleh organ dan jasad lemak hasil pengoksidaan lusiferin dengan bantuan enzim lusiferase. kunang-kunang.
flick lightlampu kelip-kelipKomunikasiTiadaTiada
flick lightlampu kelip-kelipKejuruteraanTiadaTiada
fireflykunang-kunangBiologiEntomologilihat kelip-kelip.
bioluminescenekebio-pendarkilauanBiologiEntomologiPengeluaran cahaya oleh organisma hidup, misalnya oleh cacing kalimantang dan kelip-kelip. biofotogenesis, fotogenesis.
firefly algorithmalgoritma kunang-kunangTeknologi MaklumatTiadaSejenis algoritma meta-heuristik yang dicadangkan oleh Xin-She Yang dan inspirasi daripada gelagat kelip-kelip yang berkelip.
scintiscanimbas kelipKejuruteraanTiada2. Imbas kelip: Gambar yang diperolehi daripada proses sintigrafi.
blink microscopemikroskop kelipFizikOptikPembanding kelip yang membesarkan gambar-gambar yang sedang dibandingkan.
flashing amberambar kelipKejuruteraan AutomotifTiadaKeadaan lampu isyarat warna kuning pinang masak yang berkelip-kelip di waktu malam, pada setiap arah jalan tuju untuk menandakan bahawa pemandu tidak perlu berhenti tetapi perlu berwaspada.
123456

Kembali ke atas