Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terke­dip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemer­lapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip I

Puisi
 

Kelip-kelip pergi ke dusun,
     Anak keling bergelang kaca;
Kalau tak mati kerana racun,
     Yang manis kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kelip-kelip terbang malam.

Bermaksud :

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spangle<i> vt adorn, cover with spangles, approp v i> + /jemeki, labuci, kelip-kelip/; <i> (give a glittering effect to, as with spangles)i> membuat [sst] berkelip-kelip:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firefly<i>ni> kunang-kunang, kelip-kelip, api-api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spangle<i> n shiny pieces of metal, plastic, beads and sequins, etc used to decorate cloth,i> jemeki, labuci, kelip-kelip: <i> the ~s on the dress sparkled as she moved,i> labuci pd pakaiannya berkilau semasa dia bergerak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flicker<i>vii> 1. <i>shine unsteadily,i> berkelip-kelip, berkedip-kedip: <i>the candle ~ed in the breeze,i> lilin itu berkelip-kelip ditiup bayu; 2. <i>move unsteadily, flutter,i> a. (<i>of eyesi>) berkedip-kedip, berkelip-kelip; b. (<i>of shadowi>) meliuk-liuk; c. (<i>of leaves, snake’s tongue, etci>) bergetar-getar: <i>the speedometer needle ~ed around the 90 kph mark,i> jarum meter laju itu bergetar-getar di sekitar 90 ksj;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blink<i>vii> 1. <i>open and close the eyes involuntarily,i> berkedip, berkelip, berkejip, berkerdip, berkejap; <i>(continuously)i> berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejip-kejip, berkerdip-kerdip, berkejap-kejap: <i>the sudden noise made her ~,i> bunyi bising yg tiba-tiba itu menyebabkan matanya berkedip; 2. <i>look with half-shut winking eyes,i> berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejip-kejip, berkerdip-kerdip, berkejap-kejap: <i>he stood ~ing in the bright sun,i> dia berdiri dgn mata berkedip-kedip di bawah cahaya matahari; 3. <i>shine intermittently or unsteadily,i> berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejip-kejip, berkerdip-kerdip: <i>the light of the steamer ~ed in the distance,i> lampu kapal api itu berkedip-kedip di kejauhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fairy lights<i>n i> lampu kelap-kelip.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twinkle<i>vii> 1. <i>wink,i> berkelipan, berkelip-kelip, berkedip-kedip, mengerdip: <i>stars twinkling in the sky, i> bintang-bintang yg berkelipan di langit;<i> the lights of the town ~d in the valley below,i> lampu-lampu bandar berkelipan di lembah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blink<i>vti> 1. <i>open and close eyes quickly,i> berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejip-kejip, berkerdip-kerdip, berkejap-kejap; <i>(voluntarily)i> mengedip-ngedipkan, mengelip-ngelipkan, mengejip-ngejipkan, mengerdip-ngerdipkan, mengejap-ngejapkan: <i>he ~ed his eyes as he came out of the dark room,i> matanya berkedip-kedip apabila dia keluar dr bilik gelap itu; 2. <i>ignore deliberately,i> menutup mata: <i>there is no ~ing at the fact that the affair will create a political scandal,i> kita tdk seharusnya menutup mata dan menganggap bahawa perkara itu tdk akan mengakibatkan skandal politik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spangle<i> the dressmaker ~d the hem of the dress,i> tukang jahit menjahit labuci pd kelim baju itu; <i> rain-drops ~d the fluttering leaves of the trees,i> titik-titik hujan membuat daun-daun pokok yg bergetar-getar itu berkelip-kelip.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wink<i>vii> 1. <i>shut and open o’s eye briefly,i> mengenyit (mata): <i>he smiled and ~ed at me,i> dia senyum dan mengenyit pd saya; <i>he nodded and ~ed in response,i> dia mengangguk dan mengenyit mata sbg membalas; 2. <i>flicker, twinkle,i> berkelip(an), berkelip-kelip: <i>stars ~ing in the dark sky,i> bintang-bintang berkelipan di langit gelap; <i>a signal lamp ~ed from the flagship,i> lampu isyarat berkelip-kelip dr kapal induk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas