Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lip.ke.lip] | کليڤ٢

Definisi : sj serangga yg bersayap (tubuh­nya mengeluarkan cahaya yg berkedip-kedip); bagai ~ terbang malam prb rahsia yg sudah diketahui orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip.ke.lip] | کليڤ٢

Definisi : sj kertas berkilat (berwarna emas, perak, dll) yg dibuat perhiasan, jemeki, kida­kida, labuci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lip.ke.lip] | کليڤ٢

Definisi : kertas berkilat (biasanya digunakan utk perhiasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lip.ke.lip] | کليڤ٢

Definisi : nama sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kunang-kunang, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip-kelip

Puisi
 

Kelip-kelip pergi ke dusun,
     Anak keling bergelang kaca;
Kalau tak mati kerana racun,
     Yang manis kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kelip-kelip terbang malam.

Bermaksud :

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana dapurnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru kusedar hatiku cinta.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di dusun, Anak keling bergelang kaca; Abang tak mati peluru dan racun, Mati terjeling si ekor mata.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di dusun, Anak keling bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Saya mati kerana cinta.
Kurik Kundi Merah SagaDari Melaka ke Singapura, Kelip-kelip api di kota; Jangan suka menanam bisa, Kerap-kerap rosak binasa.
12

Kembali ke atas