Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.pan] | کليڤن

Definisi : perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.pan] | کليڤن

Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terke­dip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemer­lapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.pan] | کليڤن

Definisi : gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelipan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas