Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dummydami; patung; semu; dungu; sulih; gerak keliruSukanTiada5. Gerak keliru: Pergerakan badan, larian atau hantaran bola yang mengelirukan pemain pasukan lawan.
fakingkeliruPendidikanTiadaTiada
mazelorongan keliruPerubatanTiadaTiada
nudgepukulan keliruSukanTiadaPukulan perlahan yang bertujuan memerangkap pihak lawan.
acute confusionkeliru akutPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba hingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang.
misleading questionsoalan keliruKependudukanTiadaTiada
misleading titlejudul keliruPerpustakaanTiadaTiada
misleading statementpernyataan keliruUndang-undangTiadaTiada
checked smashsmesy keliruSukanTiadaSmesy yang kelihatan kuat tetapi boleh mengelirukan pihak lawan apabila gerakan diperlahankan dan bulu tangkis menjunam ke tepi jaring.
acute confusional statekeadaan keliru akutPerubatanTiadaTiada
123

Kembali ke atas