Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.da/] | کلودق

Definisi : kotoran spt habuk tanah, lumpur, pasir dsb yg mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dsb; berkelodak mengandungi atau dicemari kelodak: air lebihan yg ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik; pengelodakan pembentukan atau penge­napan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.da/] | کلودق

Definisi : kotoran spt lumpur, pasir yg mendak ke dasar sungai dsb. berkelodak mengandungi kelodak atau dicemari kelodak: Air lebihan yg ~ mengalir ke sungai hingga boleh menjejaskan kebersihan air sungai tsb. pengelodakan proses terbentuk atau terjadinya kelodak: Sebahagian besar ~ disebabkan oleh kerja-kerja mengorek tanah yg tidak terkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelodak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Mohon untuk mendapatkan istilah dalam bahasa melayu bagi terma berikut: Erosion and Sediment Control Plan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak Pelan Kawalan Hakisan dan Enapan Sediment - kelodak atau enapan Mulching - Sungkupan atau penyungkupan Control at source - Kawalan pada punca atau kawalan di punca Rapid Disposal - Pembuangan cepat atau Pelepasan Cepat Runoff Management - Pengurusan air larian atau Pengurusan Aliran Flow = aliran Runoff = air larian? Mohon pengesahan. Terima kasih1. Terjemahan bagi "sediment" daripada bidang kimia ialah enapan manakala daripada bidang pertanian ialah endapan. Bagi terjemahan yang "erosion" pula ialah hakisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi "erosion and sediment control plan" ialah pelan kawalan endapan dan hakisan.
2. Terjemahan bagi "mulching ialah sungkupan
3. Cadanagn terjemahan yang sesuai bagi "control at source" ialah kawalan daripada sumber
4. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "rapid disposal" ialah pelupusan pantas
5. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "runoff management" ialah pengurusan aliran
Makna22.10.2020

Kembali ke atas