Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.la] | کلولا

Definisi : ; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menye­lenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; pengelolaan perihal mengelola(kan), penga­rahan dan pengawalan, pengurusan, penye­lenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penye­lenggaraan) ladang; pengelola orang yg mengarah dan menga­wal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.la] | کلولا

Definisi : ; mengelola merancang dan mengawal supaya sempurna dan berjalan lancar (bkn pertubuhan, perusahaan dll): Ketua-ketua yg tidak cekap ~ akan menemui kegagalam dlm menjalankan tugasnya. mengelolakan merancang dan mengawal perjalanan sesuatu perusahaan: Kursus itu dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran. kelolaan yg dirancang dan dikawal. pengelolaan perbuatan (hal dsb) mengelola atau mengelolakan: ~ ladang. pengelola orang yg mengelola atau mengelolakan sesuatu: ~ sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan. Sy cek dalam website tiada perkataan tatakelola.. kelola ada Tata kelola jarak atau sambung tatakelola Kalau tatabahasa rapat Dalam kamus indonesia ada tatakelola Adakah ia perkataan baharu?Padanan bagi kata governance dalam bahasa Melayu ialah tadbir urus. Kata tatakelola banyak digunakan dalam penulisan dalam bahasa Indonesia, khususnya dalam bidang pengurusan.

Kata tatakelola dieja rapat seperti kata tatabahasa dan tatasusila.

Benar, kata tatakelola ini ialah kata baharu dalam bahasa Melayu dan masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP.
Lain-lain12.09.2023
Apakah maksud bagi perkataan tatakelola? Apakah ejaan yang betul iaitu tata kelola atau tatakelola?Tatakelola bermaksud tadbir urus jika padanan bahasa Inggerisnya governance. Kata tatakelola dieja rapat sama seperti kata yang berawalan tata- yang lain seperti tatacara, tatanegara dan tatahukum. Untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan sesuatu kata, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).Ejaan17.07.2023

Kembali ke atas