Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.la.an] | کلولاءن

Definisi : arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.la.an] | کلولاءن

Definisi : yg dirancang dan dikawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
poison centerpusat racunPerubatanTiadaInstitusi yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan dengan keracunan agar dapat mengurangkan risiko kejadian keracunan dan meningkatkan keberkesanan rawatannya. Perkhidmatannya merangkumi pembekalan maklumat berkenaan ubat dan racun, aktiviti kajian dan dokumentasi, perkhidmatan pendidikan dan pencegahan keracunan, serta makmal toksikologi. Di Malaysia, institusi ini dikenali dengan nama Pusat Racun Negara yang terletak di bawah kelolaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kembali ke atas