Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lom.pang] | کلومڤڠ

Definisi : 1. kulit telur (buah dll) yg tidak berisi; 2. kosong (tidak berisi); 3. kecewa, hampa; kelompangan keadaan kosong, kekosongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lom.pang] | کلومڤڠ

Definisi : kulit telur (buah dsb) yg tidak berisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelompang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shell-leaf filterpenapis kelompang daunKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat penapisan pepejal daripada bendalir pada keadaan tekanan yang tinggi bagi menjimatkan tenaga pekerja dan memudahkan pembasuhan kek. Penapis ini terdiri daripada beberapa penapis yang disusun di dalam kelompang tertutup. Bendalir yang akan ditapis disuapkan ke dalam kelompang melalui penapis dan bendalir yang bersih dikeluarkan di bahagian hujung kelompang. Unit ini kerap digunakan dalam proses penapisan yang menggunakan bahan bantu turas.
shell transformerpengubah kelompangTeknikElektrikPengubah yang terasnya berbentuk seperti kelompang. Pengubah jenis ini paling banyak digunakan kerana pengagihan fluksnya lebih banyak dan kebocoran fluks kurang terjadi. Bentuk ini diperoleh daripada susunan kepingan besi nipis bersadur penebat berbentuk `E’ dan `I’ yang berselang-seli.
shell expansionpengembangan kelompangKejuruteraanTiadaPelan yang menunjukkan luas sebenar, kelim, temu dan tebal plat kelompang.
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
bafflesesekatKejuruteraanKejuruteraan KimiaCakera logam yang berbentuk bulat dengan satu bahagian dipotong serta dilubangkan untuk memuatkan tiub di dalam kelompang penukar haba yang digunakan untuk mengurangkan luas keratan rentas kelompang supaya bendalir mengalir lebih laju menghampiri rejim gelora. Dengan ini, kadar pemindahan haba ditingkatkan kerana bendalir mengalir merentasi tiub untuk pemanasan yang lebih cekap.
1-1 heat exchangerpenukar haba 1?1KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi.
2-4 heat exchangerpenukar haba 2?4KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba 1-2 yang diperbaik dengan bendalir di dalam kelompang mengalir dalam dua laluan dan bendalir di dalam tiub membuat empat laluan. Dengan ini, luas keratan rentas kelompang dikurangkan supaya halaju bendalir meningkat untuk memperbaik kadar pemindahan haba dalam rejim gelora.
shellkelompangKejuruteraanKejuruteraan KimiaBekas untuk medium pemanas disuapkan bagi tiub penukar haba.
bottom shellkelompang bawahKejuruteraanTiadaTiada
bearing shellkelompang galasKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas