Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kelompok (kata nama)
1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan, rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,

2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,

Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cultkultusSejarahTiada1. Kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual yang berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya.,2. Upacara, amalan dan peraturan keagamaan sesuatu agama atau kepercayaan.
homogenous groupkumpulan homogenPendidikanTiadaKelompok manusia yang mempunyai ciri yang serupa seperti kecerdasan, pencapaian dan motivasi.
classkelasSejarahTiada2. Kedudukan sosial kelompok manusia dalam masyarakat berdasarkan status, ekonomi, politik atau minat.
quinque-partiteterbagi limaSejarahTiadaSesuatu yang terbahagi kepada lima bahagian biasanya perkumpulan, kelompok manusia atau sistem pertadbiran.
nomothetic approachpendekatan nomotetikPsikologiPsikologi UmumPendekatan yang digunakan oleh ahli psikologi untuk membuat generalisasi terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Berdasarkan pendekatan ini, ahli psikologi mencari satu hukum umum untuk menjelaskan pelbagai aspek daripada personaliti setelah menjalankan beberapa kajian dengan menggunakan beberapa kelompok manusia. Contohnya, mereka yang menyatakan bahawa orang yang mempunyai trait personaliti ekstraversi lebih mudah mendapat kawan daripada mereka yang tidak mempunyai personaliti tersebut.
novel of mannernovel resamanKesusasteraanTiadaNovel yang mengutamakan pengisahan kepada adat resam, tatasusila, peraturan dan kebiasaan satu-satu kelompok kelas manusia pada satu tempat, masa tertentu.
vertebratevertebratArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKelompok haiwan yang mempunyai tulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Kelompok haiwan jenis ini dimakan oleh manusia zaman prasejarah. Terdapat bahagian haiwan yang dijadikan sebagai perhiasan seperti tulang ikan sebagai azimat dan manik, manakala gigi binatang sebagai kalung. Jumpaan tulang vertebrat dapat menentukan keadaan persekitaran semula jadi pada sesuatu waktu.
pressure groupkumpulan pendesakSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia.
clustered systemsistem kelompokPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang menggabungkan tugas, alat kelengkapan dan tenaga manusia yang berkaitan dalam sesebuah jabatan.
megamergerspenggabungan megaKomunikasiKorporatProses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi.
12

Kembali ke atas