Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.long.song] | کلوڠسوڠ

Definisi : pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas; ~ azimat kelongsong logam berisi azimat yg dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.long.song] | کلوڠسوڠ

Definisi : pembungkus atau pembalut yg berbentuk bulat panjang atau bulat tirus (spt bentuk kon): ~ ular kulit tipis yg tanggal apabila ular bertukar kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelongsong (kata nama)
Bersinonim dengan belongsong, selumur, klobot, ruyung, tempurung, kulit, basung, kerucut, contong, sampul, sarung, pembungkus, pembalut, kotak, pek, kapsul.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polycarbonate crownkorona polikarbonatPergigianTiadaKelongsong gigi yang diperbuat daripada polikarbonat. Ia digunakan sebagai kelongsong sementara gigi semasa membuat restorasi. Kelongsong yang berwarna gigi ini biasanya dialas dengan resin dan digunakan sebagai acuan atau sebahagian daripada restorasi sementara gigi tersebut. Sinonim matriks polikarbonat.
sachet foldlipatan kelongsong bersilangPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk kelongsong ais krim yang bersilang.
cocoonkokunBiologiHistologi dan Sitologi1. Kelongsong pelindung larva sebelum larva menjadi pupa. 2. Kelongsong yang terdiri daripada sutera atau bahan lain yang dihasilkan oleh kebanyakan haiwan untuk melindungi telurnya.
exuviakelongsong/eksuviaPertanianTiadaTiada
exuviakelongsong/eksuviaPerhutananTiadaTiada
exuviakelongsong/eksuviaGeologiTiadaTiada
cassolettekelongsong kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
esuviaekelongsongBiologiEntomologiKulit yang tertanggal.
bagwormulat kelongsongPerhutananTiadaTiada
casebearerulat kelongsongPerhutananTiadaTiada
123456

Kembali ke atas