Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luang] | کلواڠ

Definisi : sj kelawar besar (makanannya buah­-buahan), kalung kelambit, Pterocarpus edulis; bagai ~ bebar petang prb berkerumun (berhimpun) beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luang] | کلواڠ

Definisi : nama sj binatang bersayap spt kelawar tetapi lebih besar (suka memakan buah-buahan), Pteropus vampyrus (edulis). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluang

Puisi
 

Budak-budak kupas bawang,
     Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan bawa resmi keluang,
     Tak boleh tengok buah di pokok.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 
SARDON JUBIRSARDON JUBIR, Tun (1917 – 1985), ahli politik, Yang Dipertua Pulau Pinang (1975 – 1981).  Dia lahir pada 19 Mac 1917 di Sungai Keluang, Rengit, Johor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas