Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luang] | کلواڠ

Definisi : sj kelawar besar (makanannya buah­-buahan), kalung kelambit, Pterocarpus edulis; bagai ~ bebar petang prb berkerumun (berhimpun) beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luang] | کلواڠ

Definisi : nama sj binatang bersayap spt kelawar tetapi lebih besar (suka memakan buah-buahan), Pteropus vampyrus (edulis). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluang

Puisi
 

Budak-budak kupas bawang,
     Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan bawa resmi keluang,
     Tak boleh tengok buah di pokok.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Keluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak kupas bawang, Taruh mari di dalam mangkuk; Jangan bawa resmi keluang, Tak boleh tengok buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Budak nakal di pintu raja, Pakai pedang sebelah kiri; Buah masak kalau tak jaga, Disambar keluang dibawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas