Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. "di dalam keluarga" atau "dalam keluarga"? 2. Kata nama "keluarga" ialah objek abstrak atau objek konkrit? Tolong berikan jawapan berserta dengan penjelasan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "dalam keluarga", keluarga bukanlah objek konkrit yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti rumah atau kotak seperti frasa "di dalam rumah" dan "di dalam kotak".Tatabahasa11.05.2014
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut.

Tatabahasa18.01.2011
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
Maksud 'Keluarga'Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak).Makna24.06.2008
definisi keluargaKeluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725.Makna22.06.2008
yang manakah betul? Ahli keluarga atau ahli-ahli keluarga?Frasa yang betul ialah ahli keluarga.Tatabahasa02.07.2013
Adakah ayat: 1. ...516 buah keluarga atau ... 516 keluarga? 2. ...dalam kalangan 120 pasangan? ...dalam kalangan 120 orang pasangan? Mohon pencerahan.

“516 buah keluarga

 “Dalam kalangan 120 pasangan” dan perlu dilengkapkan pasangan apa, contoh 2 pasangan kekasih,

Lain-lain20.05.2022
1)Keluarga Beego( pergi )pantai berkelah. 2)Keluarga Beedo (pergi ke )pantai (untuk )berkelah. Ayat yang mana satu betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah Keluarga Beego pergi berkelah di pantai (ayat tunggal) atau Keluarga Beedo pergi ke pantai untuk berkelah (ayat komplemen). Tatabahasa17.10.2014
Keluarga Bryan ada empat orang. Keluarganya ada bapa, ibu, kakak dan Bryan. Adakah betul ?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq

Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya.

Tatabahasa20.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas