Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
rumpun[Äum.pun]kata namakelompok keluarga yang kecil dalam suku (istilah adat).   
suku[su.ku]kata namagabungan orang atau kaum keluarga daripada beberapa ‘perot’ yang seketurunan daripada sebelah ibu.   
montuwo montoyo[mn.tuw mn.t.j] adik beradik mentua.Dokek montuwo montoya la, kono bosopan santun.[d.kE/ mn.tu.w mn.t.j lA k.n b.s.pAn sAn.tun]Dekat keluarga mentualah, kena bersopan santun.
botimpeh-timpeh[b.tim.pEh tim.pEh]kata kerjabertimpa-timpa, berturut-turut.Kosian kek keluago tu, botimpeh-timpeh balo kono keke.[k.siAn kE/ kE.luA.g tu b.tim.pEh tim.pEh bA.l k.n kE/.E]Kasihan kepada keluarga itu, bertimpa-timpa bala kena kepadanya.
pek mondo[pE/ mn.d] keluarga lelaki pada gadis yang dikahwini (ayah saudara, abang saudara).Pangge pek mondo, orang dah mulo nak boradat.[pAN.gE pE/ mn.d .ÄAN dAh mu.l nA/ b.ÄA.dAt]Panggil saudara lelaki pihak perempuan kerana majlis adat hendak dimulakan.
siapaleh[si.jA.pA.leh]kata namaungkapan yang digunakan di awal kata yang bermaksud minta dijauhkan daripada bencana, bala dan lain-lain.Siapaleh mintak-mintak janganla ado keluargo kito yang kono saket.[si.jA.pA.leh min.tA/.min.tA/ dZA.NAn.lA A.d kE.lu.wA.g ki.t jAN k.n sA.ket]Siapaleh minta-minta janganlah ada keluarga kita yang terkena sakit.
monyalang[m.øA.lAN]kata kerjamengunjung sanak saudara selepas berkahwin dengan tujuan menambahkan erat hubungan keluarga kedua belah pihak.Lopeh monikah, ponganten pompuwan monyalang ke rumah ponganten lolaki.[l.pEh m.ni.kAh p.NAn.ten pm.puAn m.øA.lAN kE/ Äu.mAh p.NAn.ten l.lA.ki]Selepas bernikah, pengantin perempuan mengunjungi rumah pengantin lelaki.

Kembali ke atas