Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
antara 2 ayat di bawah manakah yang betul? 1- Keluasan rumah berharga RM60ribu adalah 1000sqft 2- Keluasan rumah berharga RM60,000 adalah 1000sqft sekian.Untuk menyatakan harga rumah, kedua-dua cara penulisan boleh digunakan, sama ada RM60,000 atau RM60 ribu.  Yang tidak diterima ialah RM60K. Ayat bahasa Melayu yang baik ialah: Keluasan rumah berharga RM60,000 ialah 1,000 kps, atau Keluasan rumah berharga RM60 ribu ialah 1,000 kps.Lain-lain05.01.2017
Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu.Makna24.07.2021
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
BERDEKATANMerujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut:

TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL)
1. DI KAWASAN BETING TINGGI.
2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI.
3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN.
4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM
5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU.
6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN.
7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH.
8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN.
9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS.
10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.
11. GERAN INDIVIDU
12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX

Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian pentadbiran. "Prefecture" dan "province" diterjemahkan sebagai wilayah. Tetapi di negara China, kedua-dua pembahagian tersebut adalah berbeza. Jadi bagaimana hendak membezakannya dalam bahasa Melayu?

Mengikut data  kami, dalam bidang geografi dan ekonomi, province ialah wilayah, jajahan, daerah, kawasan, iaitu kawasan geografi dengan keluasan tertentu tetapi lebih kecil daripada benua, yang mempunyai sifat-sifat keseragaman yang boleh dikaji sebagai satu keseluruhan. Terdapat juga data menunjukkan istilah provinsi digunakan untuk merujuk pada province. Bagi istilah prefecture, padanan bahasa Melayu yang digunakan ialah wilayah, daerah dan bahagian. Sehingga kini, kami tidak membezakan penggunaan kedua-duanya secara terperinci mengikut negara seperti yang tuan utarakan.  1">

Istilah08.02.2015

Kembali ke atas