Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.bi] | کلوبي

Definisi : sj tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, Zalacca conferta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.bi] | کلوبي

Definisi : nama sj palma yg tumbuh di kawasan yg berpaya; asam paya; salak hutan, Zalacca conferta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelubi

Puisi
 

Manis sungguh buah kelubi,
     Mari dibungkus dengan kertas;
Pandai sungguh puan berbudi,
     Garam tak masin lada pun tak pedas.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas.
Kurik Kundi Merah SagaIni rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh asam kelubi, Hanyut ke laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaYa sungguh makan dek api, Buah kelubi padang seberang; Ya sungguh tinggal dek laki, Apa peduli pada orang.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang berangkat ke hulu, Datanglah ubi hanyut melintang; Kalau kukenang masa yang lalu, Makan kelubi serasa pinang.

Kembali ke atas