Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luh] | کلوه

Definisi : 1. kata-kata dsb yg melahir­kan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kese­dihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), geli­sah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; berkeluh = mengeluh; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya; keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-ke­sah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; kekeluhan perihal mengeluh: nada ~; pengeluh 1. orang yg suka (kerap) menge­luh; 2. bersifat suka mengeluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luh] | کلوه

Definisi : , = keluhan 1 kata-kata utk melahirkan perasaan sedih kerana menderita kesusahan dll; rintihan. 2 tidak tenteram fikiran; gelisah. berkeluh, mengeluh menunjukkan atau melahirkan rasa sedih dll kerana kesusahan; merintih. mengeluhkan mengeluh ttg sesuatu: Ia terus ~ ketidakpuasan hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluh
Kata Terbitan : mengeluh, pengeluh, keluhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih.Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar.

Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin.  Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin.

Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini.
 
Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. 

Partikel  'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri.
 
Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai.
Lain-lain01.07.2014

Kembali ke atas