Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.li] | کلولي

Definisi : besi baja (waja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.li] | کلولي

Definisi : pancalogam yg keras yg dibuat drpd campuran besi dgn karbon; besi baja; besi waja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluli


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelulisteelBahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin.Menengah Rendah
wul kelulisteel woolGumpalan benang keluli yang sangat halus, yang digunakan untuk membersihkan sesuatu peralatan. Lihat RajahSekolah Rendah
kelulisteelLogam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat RajahSekolah Rendah
penggalvaniangalvanizationProses menyadur permukaan keluli atau besi dengan zink bagi mengelak berlakunya pengaratan.Menengah Rendah
manganmanganeseUnsur logam peralihan kumpulan 7 jadual berkala, simbolnya, Mn yang digunakan dalam pembuatan keluli dan aluminium.Menengah Atas
relaufurnaceKebuk atau struktur ruang bertutup yang mengandungi sumber haba seperti arang batu atau gas, yang digunakan untuk memproses keluli, melebur besi dan mengekstrak logam daripada bijihnya.Menengah Rendah
aloialloyCampuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon.Menengah Rendah

Kembali ke atas