Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.li] | کلولي

Definisi : besi baja (waja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.li] | کلولي

Definisi : pancalogam yg keras yg dibuat drpd campuran besi dgn karbon; besi baja; besi waja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluli


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pearlitepearlitKejuruteraanTiada, biasanya wujud dalam keluli-keluli karbon dan dalam besi tuang.
abnormal steelkeluli langkaKejuruteraanTiadaKeluli pengerasan selongsong atau keluli aloi yang kekerasannya tidak dihasilkan melalui pengkarbonan atau olahan haba.
metal cladterlapis logamTeknikElektrikBerkaitan dengan keluli tertekan, keluli tuang atau penutup aloi yang dibuat daripada lapisan logam.
veneered stainless steel crownkorona keluli nirkarat venirPergigianTiadaRestorasi korona keluli nirkarat yang telah dimodifikasi untuk mendapatkan ciri estetik bagi gigi desidus anterior. Bahagian bukal atau labial korona tersebut dilapisi bahan restorasi berwarna gigi seperti resin komposit. Teknik penyediaan gigi korona keluli nirkarat berbeza dengan korona keluli nirkarat venir kerana gigi perlu dipangkas bagi membolehkan korona dipadankan. Sinonim korona venir keluli siap bentuk
stainless steel crownkorona keluli nirkaratPergigianTiadaRestorasi korona siap bentuk yang diperbuat daripada keluli nirkarat dalam pelbagai saiz dan jenis. Korona ini boleh dipadankan pada gigi desidus posterior setelah penyediaan gigi yang minimum. Setelah pinggir servikalnya dipangkas dan dikontur, korona tersebut akan disimen pada gigi. Sinonim korona keluli nirkarat prakontur, korona keluli nirkarat prarapian
silicon steelkeluli silikonTeknikElektrikAloi keluli yang mengandungi 0.5 – 4.5% silikon. Histeresis dan arus pusar keluli silikon ini rendah dan sesuai digunakan dalam teras pengubah.
liquid carburizingpenyusukkarbonan cecairKejuruteraanTiadaPengerasan permukaan keluli dengan cara merendam keluli dalam mandian lebur yang terdiri daripada sianida dan garam-garam lain, misalnya pada suhu 850-950øC.
galvanizingpenyaduranKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses penyalutan zink pada keluli bagi mencegah keluli daripada berkarat.
chuckpencekauKejuruteraanKejuruteraan BangunanPeranti yang digunakan untuk memegang dawai keluli atau memegang batang keluli atau memegang kabel dengan menggunakan bebaji yang berbentuk silinder menirus.
knife connectionsambungan mata pisauKejuruteraanKejuruteraan BangunanSambungan yang terdapat di antara rasuk keluli dengan tiang keluli.
12345678910...

Kembali ke atas