Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga menĀ­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni meĀ­lahirkan bayi sebelum masanya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih.Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.

Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.
Makna31.03.2015
Yang manakah penggunaan perkataan lebih tepat samaada "Kelulusan Segera" ataupun "Kelulusan Pantas"? Bagi menunjukkan situasi kelulusan permohanan pinjaman kewangan dari institusi kewangan.Istilah yang tepat ialah kelulusan segera.Tatabahasa17.09.2013
I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah?Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan.  Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan.Tatabahasa05.06.2008
KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON DBP LAMPIRKAN STANDARD RUJUKANAssalamualaikum,

Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sekian untuk makluman.
Lain-lain20.11.2017
KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON STANDARD DARI DBPAssalamualaikum,

Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sekian untuk makluman.  

Lain-lain20.11.2017
Kelulusan Iklan Besar di Bangunan Pejabat, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling JayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.10.2015
Kelulusan Perniagaan Amar Empat tidak di lukuskan apa sebab? Dan di mana kelemahan?Tuan perlu mengemukakan visual iklan dalam format jpeg atau gif untuk pengesahan. Permohonan tanpa visual tidak dapat diproses.Lain-lain04.09.2015
Kelulusan BahasaSila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain03.06.2015
Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possibleJawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion.Tatabahasa07.03.2013
Kelulusan Visual PagodaPerkataan Trans Fat panda kepada Translemak - satu perkataanPenyemakan dan penterjemahan30.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas