Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya hanya ingin memaklumkan, permohonan saya untuk 'street bunting' dan 'banner', telah pun lulus. Cumanya, saya megalami masalah untuk 'download'. sijil kebenaran. Setiap kali saya download, dan apabila selesai, tetapi tidak dapat membuka file. saya harap saya boleh mendapatkan sijil kebenaran dengan secepat mungkin. No kelulusan. 1.DBP/KPB/201611/09992 2.DBP/KPB/201611/09985Waalaikumussalam,
Kemungkinan masalah ini terjadi disebabkan masalah teknikal.  Tuan boleh menghubungi pegawai teknikal kami, Encik Saufi (03-21479389) atau Puan Raja Bi (03-21479377) untuk mendapatkan bantuan
Lain-lain01.11.2016
1. Permohonan kelulusan papan iklan di kawasan Shah Alam. 2. Bagaimana untuk membuat bayaran RM10?

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my). Sila rujuk manual pendaftaran untuk maklumat lanjut

Lain-lain03.09.2019
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awalIstilah05.04.2011
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
Yang manakah pengunaan ayat yang betul: 1- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan ATAU 2- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan ; ATAU 3- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.Ayat yang betul ialah, "pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan", seperti dalam ayat kedua.Tatabahasa05.02.2014
saya nak check kelulusan untuk pengesahan saya, no pendaftaran : 1) 30760/2015 2) 30739/2015 3) 30554/2015 4) 30552/2015 saya masih menunggu kelulusan dari 04 Ogos 2015 saya harap dapat jawapan secepat mungkin terima kasihPermohonan puan telah diproses.Lain-lain06.08.2015
Saya diberitahu bahawa,sebelum buat pengiklanan Dan sebelum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran untuk pengiklanan papan Di sekitar bandar, saya harus mendapat kelulusan Dari DewanBahasa?? Jadi kena hantar sample iklan/perkataan yang akan digunakan??ingin penjelasan dan arahan bagi langkah seterusnya. Iklan dalam Bahasa inggeris perlukan kelulusan dari DBP?Sekiranya iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, sila buat dalam bahasa Melayu atau dwibahasa. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)1">Lain-lain05.09.2017
permohonan kelulusan bahasa iklan 1. "cakap sampai berbuih" 2. "Bebas bergayut"kami berpandangan, "Bebas bergayut" berserta visual yang tersebut sesuai dalam konteks makna yang hendak disampaikan.Tatabahasa14.08.2014
Sila tolong semakan perkataan tersebut untuk menghantar kepada Masjis Perbandaran Sepang supaya mendapatkan kelulusan untuk menukar printing papan billboard dekat IOI City Mall.1. Tuan/Puan, Jika hendak mendapatkan kelulusan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semua teks pada papan iklan luar (billboard) tersebut perlulah dalam bahasa Melayu atau jika hendak letak bahasa Inggeris, perlu buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu di atas, bahasa Inggeris di bawah).

2. Berikan padanan versi bahasa Melayu bagi perkataan Picture Perfect 20MP Cameras.

3. Buang simbol @

4. Kemudian, pihak tuan/puan perlu layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual papan iklan luar (billboard) tuan/puan.

Tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain30.07.2018
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula  dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur.  Puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan  tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat  pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. Lain-lain07.10.2019
12345678910

Kembali ke atas