Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lulus1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelulusan1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelulusan1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya);Kamus Dewan Edisi Keempat
lulus1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
subsidiari1. (peringkat) yg lebih rendah, kelulusan pd atau lulus sebahagian drpd sesuatu mata pelajaran (dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan): mendapat kelulusan pering­kat ~ dlm mata pelajaran Ekonomi; 2. = syarikat ~ anak syarikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluasan1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasport1. dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yg didapati drpd kerajaan oleh seseorang warganegara utk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dsb) yg dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dlm mana-mana bidang (kegiatan dll) yg diingininya: sebilangan besar ibu bapa menganggap bahawa kelulusan SPM, STPM, atau kelulusan ijazah merupakan ~ utk memasuki dunia pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
doktor1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
doktor1. ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2. gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. kedoktoran 1. hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2. hal-hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang.Kamus Pelajar
gred(gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga); menggredkan menentukan gred (mutu); penggredan perihal atau perbuatan menggredkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas