Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lum.pu.han] | کلومڤوهن

Definisi : perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lum.pu.han] | کلومڤوهن

Definisi : keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelumpuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paralysiskelumpuhanPerubatanTiadaKehilangan daya pergerakan akibat gangguan saraf otot, sama ada dari segi fungsi atau struktur. Makna kelumpuhan boleh juga diperluas untuk merujuk pada kelumpuhan fungsi deria. Kelumpuhan dapat dibahagikan bergantung pada punca (misalnya, kelumpuhan trauma yang berlaku akibat trauma), atau struktur yang terlibat (misalnya, kelumpuhan obturator yang berlaku pada saraf obturator). Lihat juga hemiplegia, paraplegia dan paresis. Sin: palsi
diver�s paralysiskelumpuhan penyelamPerubatanTiadaKelumpuhan yang biasanya dialami oleh penyelam laut dalam apabila penyelam berenang naik ke permukaan air secara terlalu cepat sehingga mengakibatkan berlakunya penurunan tekanan secara mendadak. Antara ciri kelumpuhan ini ialah sakit otot dan sendi, sakit kepala, kekeliruan fikiran dan kegerenyetan otot. Lihat juga dekrompresi.
phrenoplegiafrenoplegiaPerubatanTiada1. Gangguan mental yang berlaku secara tiba-tiba. 2. Kehilangan atau kelumpuhan daya mental. 3. Kelumpuhan diafragma.
bulbar paralysiskelumpuhan bulbarPerubatanTiadaKelumpuhan akibat gangguan pada pusat-pusat motor di medula oblongata; gangguan pusat-pusat ini berlaku akibat degenerasi nukleus saraf pada dasar ventrikel keempat. Keadaan ini biasanya bersifat kronik, mengakibatkan maut dan sering menyerang orang yang berumur lebih 50 tahun. Keadaan ini boleh berlaku akibat penyakit sklerosis lateral amiotrofik, siringobulbia dan sklerosis berbilang. Ciri-ciri penyakit ini ialah atrofi dan kelumpuhan progresif yang melibatkan otot-otot bibir, lidah, mulut, farinks dan lariks. Sin: kelumpuhan Duchenne
flaccid paralysiskelumpuhan flaksidPerubatanTiadaKelumpuhan yang dicirikan dengan kehilangan tonus otot dan refleks tendon di bahagian yang berkenaan.
spastic paralysiskelumpuhan spastikPerubatanTiadaKelumpuhan yang ditandai oleh kekejangan otot dan peningkatan refleks tendon di bahagian yang berkenaan akibat lesion neuron motor.
Klumpke�s paralysiskelumpuhan KlumpkeKejururawatanTiadaKelumpuhan lengan dan tangan akibat kecederaan pada saraf servikal yang ketujuh dan kelapan serta akar saraf torasik pertama.
Duchenen�s paralysiskelumpuhan DuchennePerubatanTiadaLihat kelumpuhan bulbar.
Duchenen�s paralysiskelumpuhan DuchennePerubatanTiadaLihat kelumpuhan bulbar.
Erb-Duchenne paralysiskelumpuhan Erb-DuchennePerubatanTiadaLihat palsi Erb. Sin: kelumpuhan Duchenne
12345678910...

Kembali ke atas